awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021: Belanjawan KPWKM lulus peringkat Jawatankuasa

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
08/12/2020
07:14 MYT
Belanjawan 2021: Belanjawan KPWKM lulus peringkat Jawatankuasa
Sesi penggulungan bagi kementerian berkenaan dilakukan oleh Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Rina Harun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Keputusan itu diumumkan oleh Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, dengan sokongan majoriti ahli Parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagian.
Sebelum undian dijalankan, sesi penggulungan bagi kementerian berkenaan dilakukan oleh Menteri, Datuk Seri Rina Harun.
Kementerian tersebut menerima peruntukan berjumlah RM2.584 bilion dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, baru-baru ini.
Sesi perbahasan dan penggulungan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa hari ini diteruskan dengan tiga lagi kementerian menggulung perbahasan mengikut giliran seperti yang dijadualkan.
Tiga kementerian berkenaan adalah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Alam Sekitar dan Air.
Sebelum itu, RUU Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya lulus selepas diputuskan menerusi undian belah bahagian.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Belanjawan 2021
#Rang Undang-Undang RUU Perbekalan Belanjawan 2021
#Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarat
#Rina Harun
#Tengku Zafrul Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan