KUALA LUMPUR:Sokongan ahli-ahli parlimen UMNO terhadap Belanjawan 2021 semata-mata kerana memikirkan kepentingan rakyat, kata Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Nazri menegaskan sokongan yang diberikan oleh ahli-ahli Parlimen UMNO itu tidak boleh ditafsirkan sebagai menyokong mana-mana individu.
"Lulus sebab Belanjawan ini soal kepentingan rakyat tetapi selepas lulus soal politik soal lain.
"Kalau ada isu yang masih belum diselesaikan, lawan tetap lawan!” katanya kepada Astro AWANI.
Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di peringkat dasar telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih suara untuk menyokong, sebentar tadi.
Percubaan pembangkang untuk adakan undi belah bahagian gagal kerana tidak mencukupi 15 orang menyokong cadangan tersebut.
Belanjawan 2021 dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 Nov lepas dan seramai 82 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan yang berlangsung dari 9 Nov hingga 19 Nov.
Menurut Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun, perbahasan peringkat jawatankuasa bermula Isnin depan selama 10 hari sebelum undi belah bahagian sekali lagi diadakan.
Irwan Muhammad Zain
Thu Nov 26 2020

Nazri menegaskan sokongan yang diberikan oleh ahli-ahli parlimen UMNO itu tidak boleh ditafsirkan sebagai menyokong mana-mana individu. - Gambar fail

COVID-19: 16 kluster baharu di 9 negeri, majoriti babit tempat kerja
Terdapat 16 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada Rabu, menjadikan jumlah kluster dalam negara bertambah kepada 685 kluster.

PKP 2.0: Rentas negeri, premis operasi lebih masa antara 752 kesalahan
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, 718 individu dikompaun manakala 34 lagi direman.

COVID-19: DBKL perketat SOP Pasar Borong Kuala Lumpur
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperketatkan urusan kemasukan individu berkaitan ke Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) bermula Jumaat ini, dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

COVID-19: Selangor rekod kes tertinggi, ini tumpuan kenyataan media KKM
Ia diikuti dengan Kuala Lumpur (513 kes), Johor (470 kes), Sabah (406 kes) dan Sarawak (203 kes).

752 ditahan: Ini perincian pelaksanaan PKP, PKPB seluruh negara
Sejumlah 752 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar SOP dengan 34 daripada mereka direman.

Adakah pendaftaran Pejuang akan burukkan lagi COVID-19 di negara ini? - Tun M
Tun M berkata, apa yang Muhyiddin lakukan sama dengan apa yang beliau tuduh Najib lakukan pada PRU lepas, iaitu menghalang pendaftaran parti politik

Hospital swasta berdepan cabaran kemampuan, infrastruktur untuk terima pesakit COVID-19 - Persatuan
Hospital swasta berdepan cabaran kemampuan serta kapasiti infrastruktur sebelum dapat menerima dan merawat pesakit COVID-19.

Jawatankuasa Khas gantikan sidang Parlimen
Jawatankuasa Khas boleh ditubuhkan sekiranya matlamat untuk mengadakan sidang Parlimen khas hanya bertujuan bagi proses semak dan imbang. Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, mengikut ordinan darurat 2021, perkara itu jelas membenarkan penangguhan sidang Parlimen.

Anwar beri bayangan kesediaan Ahli Parlimen kerajaan, pembangkang bekerjasama
Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan bahawa Ahli Parlimen pembangkang dan beberapa Ahli Parlimen kerajaan bersedia bekerjasama membentuk pentadbiran lebih stabil.

COVID-19: Lebih 4,000 kes baharu, kes aktif kini lepasi 41,000
Daripada jumlah tersebut, 4,003 adalah jangkitan tempatan membabitkan 2,802 di kalangan warganegara dan 1,201 bukan warganegara.

Pembahagian kerusi Pas-UMNO, Pas- Bersatu belum dimuktamad selagi tiada tarikh PRU15
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan, setakat ini sebarang pengesahan mengenai pembahagian kerusi membabitkan parti Pas masih belum dapat dibuat.

Rundingan dengan Pas selesai, UMNO bertanding 96 kerusi pada PRU15 - Nazri Aziz
Perkara itu dimaklumkan bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas di sini, hari ini.

UMNO tidak kemaruk, PRU15 boleh ditunda jika kes COVID-19 meningkat - Nazri Aziz
Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas itu berkata, UMNO tidak kemaruk seperti didakwa oleh beberapa pihak yang cuba memberi persepsi negatif terhadap parti itu.

Annuar Musa diganti kerana beliau beban kepada parti - Nazri Aziz
Pengguguran itu bukan dilakukan sewenang-wenangnya, sebaliknya kerana Annuar telah menjadi beban kepada parti khususnya UMNO dengan tindak tanduknya.

Tidak ada sebab MT UMNO tolak usul dari bahagian - Nazri Aziz
Nazri menegaskan tidak ada sebab untuk MT UMNO tidak menerima usul tersebut kerana ia adalah suara akar umbi parti.

UMNO Padang Rengas umum tidak akan kerjasama dengan Bersatu pada PRU15
UMNO akan bertumpu kepada pemerkasaan Muafakat Nasional bersama Pas.

Undi belah bahagian: UMNO sokong Belanjawan 2021 demi rakyat - Nazri Aziz
Menurut Nazri, kerajaan memerlukan perbelanjaan untuk membantu rakyat dan juga melawan pandemik COVID-19.

Belanjawan 2021: Kami sokong bajet kerana rakyat - Nazri Aziz
Nazri menegaskan sokongan yang diberikan oleh ahli-ahli parlimen UMNO itu tidak boleh ditafsirkan sebagai menyokong mana-mana individu.

Ayuh kita buang ego, duduk semeja demi rakyat - Nazri Aziz
Nazri berkata, semua ahli parlimen perlu membuktikan bahawa mereka benar-benar bekerja untuk rakyat bukan lebih mementingkan jawatan.

Tiada Ahli Parlimen UMNO sokong Anwar - Nazri Aziz
Datuk Seri Nazri Aziz menyanggah laporan sebuah portal pada Ahad yang mendakwa berlaku pergolakan dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen UMNO berhubung sokongan terhadap Anwar.