KUALA LUMPUR:Intipati Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan kerajaan pada sidang Parlimen, 6 November depan antara yang dinanti seluruh rakyat Malaysia.
Ia dirangka berlandaskan empat tema utama iaitu menjaga kebajikan rakyat, memacu pertumbuhan ekonomi, melestarikan kehidupan dan memantapkan penyampaian perkhidmatan awam.
Meskipun pelbagai pendapat diutarakan pakar dan penganalisis ekonomi berhubung perkara itu, namun jauh disudut hati rakyat berharap ada imbuhan tertentu dalam meringankan beban semua pihak.
Pastinya, besar harapan rakyat agar rangkuman belanjawan itu mempunyai nilai tambah untuk semua lapisan masyarakat.
Hasil tinjauan Astro AWANI mendapati, rata-rata mereka mengharapkan agar inisiatif kerajaan lebih bersifat menyeluruh tanpa mengetepikan denyut nadi serta memenuhi keperluan rakyat.
BACA: Belanjawan 2021: Kerajaan dijangka kurangkan perbelanjaan - Ahli ekonomi
BACA: Belanjawan 2021: Pertimbang bonus secara bulanan buat penjawat awam - Cuepacs
BACA: Belanjawan 2021 akan perkukuh belia - Tengku Zafrul
Bagi seorang penghantar barang, Zali Kasbullah, 65, pelbagai bantuan diberikan kerajaan sejak negara diancam wabak COVID-19 dalam memastikan rakyat mempunyai pendapatan untuk meneruskan kehidupan.
"Kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin amat baik dan Alhamdulillah setiap bantuan yang disalurkan sampai kepada golongan sasar.
"Oleh itu, sokongan seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Sara Hidup (BSH) perlu diteruskan sehingga keadaan ekonomi rakyat kembali stabil," katanya di sini pada Jumaat.
Bagi penjaja kecil, Nur Salmiah Abd Aziz, 25, pula, dia memohon agar kerajaan menyediakan satu platform seperti tapak jualan kekal buat pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang masih tercicir.
"Kalau hendak harapkan bantuan kewangan, mungkin ramai lagi yang memerlukan, tetapi kami yang masih ada kudrat untuk bekerja, kami mohon agar kerajaan bantu sedia tempat berniaga dengan kadar sewa yang berpatutan.
"Dengan cara itu, kami boleh usahakan perniagaan kami sama ada secara langsung mahupun menerusi pelbagai saluran lain termasuk berniaga secara dalam talian," katanya.
Sementara itu, bagi Azman Abdullah, 49, yang juga seorang penjaja kecil meminta agar kerajaan meneruskan moratorium sehingga keadaan benar-benar pulih.
"Kami tidak mempunyai pendapatan tetap dan untuk tanggung semua komitmen itu agak sakit buat kami.
"Tambahan pula perniagaan kami tidak menentu. Walaupun boleh berniaga, tetapi secara ala kadar sahaja sebab banyak tempat tidak boleh berniaga lagi," ujarnya.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dijadual membentangkan belanjawan pada 6 November depan. Ia akan menjadi belanjawan pertama di bawah kerajaan Perikatan Nasional sejak mengambil alih kuasa pada bulan Mac lepas.
Fauzi Suhaimi
Fri Oct 09 2020

Tinjauan Astro AWANI mendapati, rata-rata mengharapkan agar inisiatif kerajaan lebih bersifat menyeluruh serta memenuhi keperluan rakyat. - Gambar fail Astro AWANI

karate-do | Tamparan buat skuad negara
Skuad karate-do negara menerima tamparan dalam persiapan buru tiket Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan apabila khidmat jurulatih, Ali Reza Souleymani tidak dilanjutkan. Pengendali kelahiran Iran itu dijadual pulang ke Iran, Ahad ini selepas gagal memuaskan hati Persekutuan Karate-Do Malaysia (Makaf).

Liga Juara Asia | JDT dalam kumpulan G
Undian saingan Liga Juara-Juara Asia menyaksikan, juara Liga Super JDT diletakkan dalam kumpulan G bersama kelab Jepun, Grampus Nagoya. Manakala salam saingan Piala AFC menyaksikan 2 wakil negara Kedah dan Terengganu AFC mempunyai undian dan laluan yang berbeza.

AWANI Ringkas: PKPD di dua lokasi di Terengganu | Perang EU-Astrazeneca makin tegang

Thaipusam | PM berterima kasih kerana patuh SOP
Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada penganut agama Hindu kerana mematuhi SOP dengan meneruskan Sambutan Thaipusam mengikut norma baharu di kediaman masing-masing.. Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengakui sambutan Thaipusam terpaksa dibuat secara bersederhana tanpa perarakan besar seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Boeing 737 Max | EASA beri kebenaran pesawat terbang semula
Agensi keselamatan penerbangan Kesatuan Eropah atau EASA beri kelulusan kepada pesawat Boeing 737 Max untuk terbang semula. Kelulusan dibuat selepas penambahbaikan ke atas pesawat itu.

Olimpik Tokyo: Presiden IOC tolak dakwaan ia dibatalkan
Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach menolak pelbagai dakwaan berkaitan temasya Sukan Olimpik 2020 yang ditangguhkan. Jelasnya, ketika ini, temasya tersebut bukan mengenai adakah ia akan berlangsung.. Sebaliknya bagaimana ia akan dilangsungkan.

Perintah eksekutif | Joe Biden langkah tangani isu perubahan iklim
Presiden Joe Biden menandatangani beberapa perintah eksekutif untuk menangani isu perubahan iklim. Ini termasuk larangan berkaitan penerokaan tenaga.

Rakyat Malaysia 'Uncle Hashim' dianugerah pingat Order of Australia
Di Australia, Uncle Hashim atau nama sebenarnya Abdul Rahman Hashim boleh dianggap sebagai individu yang agak terkenal.

Risiko ancaman penggodam siber masih terkawal - MyCERT
Ancaman yang dibuat oleh kumpulan penggodam Anonymous Malaysia baru-baru ini adalah berbeza dengan ancaman yang pernah dilaporkan pada 2015.

20 individu termasuk warga asing ditahan disyaki terlibat kegiatan judi dalam talian
Kesemua suspek berusia 48 hingga 62 tahun itu terdiri daripada 11 warga tempatan serta sembilan warga Myanmar dan Bangladesh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PKP 2.0: Bagaimana peniaga teruskan perniagaan?
PKP membolehkan usahawan tampil dengan cara kreatif termasuk mengubah cara konvensional demi kelangsungan perniagaan.

PM jalani rawatan sebab kanser, lantik TPM tidak benar - PMO
Perdana Menteri telah disahkan bebas daripada penyakit kanser oleh pakar-pakar perubatan yang merawat beliau.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bersatu buat ketetapan PRU hanya wajar selepas COVID-19 terkawal - Wan Saiful
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat ketetapan pilihan raya umum (PRU) hanya wajar dilaksanakan apabila perkembangan pandemik COVID-19 berada pada tahap yang lebih baik dan terkawal.

PM Muhyiddin zahir penghargaan MP sokong Belanjawan 2021
sokongan itu membuktikan keprihatinan dan kebersamaan semua ahli Parlimen kerajaan dalam menentukan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Belanjawan 2021 lulus: Sokongan ini buktikan PN ambil kira kebajikan rakyat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin berterima kasih kepada semua Ahli Parlimn dari blok kerajaan yang menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 sehingga menyaksikan ia diluluskan di Dewan Rakyat.

Pemimpin APEC bincang agenda perdagangan untuk dekad akan datang
Pemimpin daripada 21 ekonomi yang di berada di Lingkungan Pasifik akan bertemu esok untuk membincangkan langkah serta tindakan untuk memulihkan pertumbuhan.

Persediaan PRK Batu Sapi dihentikan, SPR akan tetap tarikh baharu
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebarang proses dan prosiding yang telah bermula bagi perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen itu tidak akan diteruskan.

Muhyiddin zahir ucapan takziah atas pemergian PM Bahrain
Muhyiddin Yassin, menerusi perkongsian di Facebook rasminya, berkata Malaysia turut bersolidariti dengan Yang Mulia Raja Bahrain dan rakyat negara itu.