awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2023: Cerminan komitmen kerajaan perbaiki kedudukan kewangan negara - Hajiji

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
24/02/2023
12:27 MYT
Belanjawan 2023: Cerminan komitmen kerajaan perbaiki kedudukan kewangan negara - Hajiji
Hajiji berkata peruntukan RM6.5 bilion kepada negeri itu lebih tinggi berbanding diumumkan kerajaan sebelum ini. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan Belanjawan 2023 mencerminkan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk memperbaiki kedudukan kewangan negara dengan menjaga keperluan rakyat secara menyeluruh.
Sambil menyambut baik pembentangan Belanjawan 2023, Hajiji berkata peruntukan RM6.5 bilion kepada negeri itu lebih tinggi berbanding diumumkan kerajaan sebelum ini.
"Sabah mengalu-alukan peruntukan RM6.5 bilion untuk negeri ini, iaitu lebih kurang 3.1 peratus daripada jumlah yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2023 yang lepas," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Selain itu, katanya, RM2.5 bilion lagi diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak melaksanakan projek kemudahan awam seperti jalan raya, lampu jalan, bekalan elektrik dan air.
Menurut beliau, kerajaan negeri turut mengalu-alukan komitmen Kerajaan Pusat untuk menyegerakan projek Lebuh Raya Pan Borneo.
"Kami mengalu-alukan komitmen Kerajaan Pusat untuk mempercepatkan Projek Pan Borneo serta Sabah Sarawak Road Link sepanjang 1,000km dengan memperuntukkan RM20 bilion," jelas Hajiji.
Dalam pada itu, mengenai komitmen Anwar untuk mempercepatkan penghapusan miskin tegar di negara ini, Hajiji berkata ia merupakan satu langkah baik dan pada masa sama berharap pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dinikmati rakyat.
Hajiji juga mengalu-alukan komitmen kerajaan pusat dalam peruntukan RM1 bilion, menambah baik infrastruktur di sempadan negara.
Peningkatan keselamatan dengan penambahan sebanyak 42 pos keselamatan di sempadan termasuk di kawasan Esscom turut disambut baik.
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2023
#Hajiji Noor
#kedudukan negara
#hidup rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan