awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2023: Cukai individu berpendapatan tinggi, Ahli Parlimen, golongan 'maha kaya' dinaikkan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
24/02/2023
10:49 MYT
Belanjawan 2023: Cukai individu berpendapatan tinggi, Ahli Parlimen, golongan 'maha kaya' dinaikkan
Anwar berkata, Kerajaan akan menaikkan kadar cukai bagi mereka yang berpendapatan tinggi antara 0.5 sehingga dua peratus. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kerajaan akan menaikkan kadar cukai bagi mereka yang berpendapatan tinggi antara 0.5 sehingga dua peratus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia melibatkan setiap banjaran pendapatan lebih RM100,000 hingga RM1 juta.
"Kalau kita turunkan cukai untuk B40, dari mana hasil nak diperolehi? Maka kita cadangkan kenaikan cukai bagi mereka yang berpendapatan tinggi termasuk Ahli Parlimen antara 0.5 sehingga dua peratus melibatkan setiap banjaran pendapatan lebih RM100 ribu hingga RM1 juta.
"Namun, kurang daripada 150,000 pembayar cukai akan dikenakan cukai yang lebih tinggi.
"Jumlah ini kecil, cuma mereka 'maha kaya', kita naikkan sedikit (cukai) supaya tak kelihatan beban sebab mereka juga ada tanggungjawab.
"Sebab kalau tak nak bebankan orang miskin, maka mereka yang kaya mesti beri sumbangan bagi maksud itu. Ini adalah percukaian progresif," katanya dalam semasa membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen pada Jumaat.
Selain itu, katanya bermula 2023, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak dua peratus melibatkan setiap banjaran pendapatan lebih RM35,000 hingga RM100,000t.
"Pengurangan ini dijangka dapat memberikan kira-kira 2.4 juta pembayar cukai dengan lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300 ringgit," ujarnya lagi.
IKUTI INTIPATI BELANJAWAN 2023 DI SINI
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Belanjawan 2023
#cukai orang kaya
#cukai ahli parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan