KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2023 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Wan Junaidi memaklumkan, Belanjawan 2023 akan dibentang pada sesi sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 (2002) yang bermula pada 3 Oktober nanti.
“Takwim sebelum ini bermula 26 Oktober hingga 15 Disember 2022 (31 hari) bagi Dewan Rakyat dan 8 hingga 22 Disember 2022 (9 hari) bagi Dewan Negara selepas dipersetujui Jemaah Menteri.
“Takwim baharu yang dicadangkan adalah pada 3 Oktober hingga 29 November 2022 bagi Dewan Rakyat (32 hari) dan 21 November hingga 7 Disember 2022 (11 hari) bagi Dewan Negara, dipercepatkan 23 hari daripada takwim asal,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Katanya, perubahan ini berikutan terdapat keperluan untuk Kerajaan meminda takwim Mesyuarat Ketiga ini bagi membolehkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2023 dipercepatkan.
BACA: Bajet 2023 diawalkan ke 7 Okt, petanda PRU makin dekat? - Laporan
“Selain itu, ia bagi membolehkan pembentangan RUU Perbekalan Tambahan 2022 dan RUU Tanggungjawab Fiskal dibentangkan sebaik RUU Perbekalan (Belanjawan) 2023 diluluskan di Dewan Rakyat.
“Perdana Menteri mengenakan kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Peraturan Mesyuarat 10(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara, untuk meminda tarikh daripada 26 Oktober 2022 dan diawalkan kepada 3 Oktober 2022,” katanya.
Astro AWANI pada Jumaat melaporkan, pembentangan Bajet 2023 akan berlangsung pada Oktober 7, 2022, menjadikan tiga minggu lebih awal dari tarikh yang telah disebut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini.
Astro Awani
Fri Aug 26 2022

Katanya, perubahan ini berikutan terdapat keperluan untuk Kerajaan meminda takwim Mesyuarat Ketiga ini bagi membolehkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2023 dipercepatkan. - Gambar fail

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 September 2023.
Kerajaan Selangor tunggu kelulusan KM untuk roboh Stadium Shah Alam
Kerajaan Selangor sedang menunggu kelulusan kebenaran merancang (KM) untuk melaksanakan perobohan Stadium Shah Alam yang bakal diganti dengan Kompleks Stadium Shah Alam (KSSA) baharu.
Tuntutan guru di Malaysia bukti lebih fokus kepada pengajaran
Guru-guru di Malaysia lebih fokus kepada tugas sebagai tenaga pengajaran jika dilihat dari tuntutan dan keluhan mereka yang inginkan agar tidak dibebankan dengan tugas lain di luar bidang pengajaran.
SOP penyelenggaraan kemudahan sukan ditingkatkan - Fadhlina
Prosedur operasi standard (SOP) penyelenggaraan terhadap kemudahan sukan di sekolah akan ditingkatkan bagi memastikan kawasan sekolah adalah sifar kemalangan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Mangsa banjir di Kedah menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah berkurangan kepada 419 orang daripada 141 keluarga setakat 10 malam.
Johor peruntuk RM78 juta persediaan hadapi banjir
Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM78 juta bagi melakukan kerja-kerja pembersihan sungai, longkang dan kolam takungan air sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir.
Pemerkasaan seni dan budaya perlu untuk Kebangkitan Asia - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia sangat bertuah dan unik apabila mampu mempamerkan kepelbagaian seni dan budaya sebagai simbol kekuatan negara.
Mengambil pendekatan berbeza mendampingi rakyat
Kerajaan MADANI kini mengambil pendekatan berbeza yang lebih proaktif bagi merasai masalah rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Muhamamd Syafiq-Tze Liang sumbang gangsa kedua kem terjun
Kem terjun negara menambah koleksi pingat gangsa menerusi gandingan Muhammad Syafiq Puteh-Ooi Tze Liang dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di sini, malam ini.
[TERKINI] Muhammad Azeem raih pingat gangsa dalam 100m lelaki
Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi meraih pingat gangsa dalam acara 100m di Sukan Asia 2022 selepas melakukan catatan 10.11 saat. Tempat pertama merupakan pelari China Xie Zhenye manakala Perak atlet Thailand, Boonson Puripol.

Vell Paari dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara
Pelantikan semula berkuat kuasa 2 Sept lepas hingga 1 Sept 2026 itu adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi tidak pernah diguna dalam Perlembagaan Persekutuan
Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' tidak pernah digunakan dalam peruntukan angkat sumpah Ahli Parlimen.

Telegram Yang Dipertua Dewan Negara Wan Junaidi digodam
Akaun Telegram milik Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sultan Ibrahim terima menghadap Wan Junaidi
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen di peringkat kedua - Wan Junaidi
Mesyuarat Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) pada Jumaat lalu telah memutuskan undang-undang itu di peringkat dasar.

Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini
Mereka ialah Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka Datuk Mustafa Musa dan Ahli Dewan Negara yang dilantik semula Susan Chemerai Anding.

Pindaan Perlembagaan sumbangan besar Wan Junaidi kepada Sarawak - Abang Johari
Antara sumbangan signifikan Wan Junaidi kepada Sarawak ialah meminda Perlembagaan bagi mengembalikan sebahagian hak negeri itu yang terhakis.

Kuota Ahli Dewan Negara boleh ditambah - Wan Junaidi
Kerajaan boleh menambah jumlah kuota Ahli Dewan Negara yang dipilih daripada setiap negeri daripada dua orang kepada tiga orang, jika terdapat keperluan.

Pengalaman luas layakkan Wan Junaidi dilantik Yang Dipertua Dewan Negara - Fadillah
Pengalaman luas menjadi wakil rakyat dan Menteri Kabinet suatu ketika dahulu melayakkan Senator Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-19 hari ini.

Laksana kod etika Ahli Parlimen antara tumpuan Wan Junaidi
Kod etika berkenaan penting memandangkan negara lain seperti India, Australia dan New Zealand juga mempunyai kod etika tertentu.