awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2023: Kadar cukai pendapatan M40 dikurangkan

Astro Awani
Astro Awani
24/02/2023
11:28 MYT
Belanjawan 2023: Kadar cukai pendapatan M40 dikurangkan
Anwar berkata, ia sebagai penghargaan kepada golongan M40 yang menunjukkan kesabaran meskipun terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang mencengkam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju mengurangkan kadar cukai pendapatan individu kumpulan M40 bagi menambah pendapatan boleh guna golongan terbabit.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sebagai penghargaan kepada golongan M40 yang menunjukkan kesabaran meskipun terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang mencengkam.
"Sementara M40 mendapat manfaat daripada pengurangan kadar cukai, kerajaan akan menaikkan kadar cukai bagi mereka yang berpendapatan tinggi antara 0.5 sehingga 2 peratus melibatkan banjaran lebih RM100,000 hingga RM1 juta.
"Namun, kurang daripada 150,000 pembayar cukai akan dikenakan cukai yang lebih tinggi," katanya yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
IKUTI INTIPATI BELANJAWAN 2023 DI SINI
Tambah beliau, bermula 2023, kadar cukai pendapatan individu pemastautin juga dikurangkan sebanyak dua peratus melibatkan banjaran lebih RM35,000 hingga RM100,000.
"Pengurangan ini dijangka dapat memberikan kira-kira 2.4 juta pembayar cukai dengan lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300.
"Melalui pendekatan ini, langkah itu melibatkan pengurangan hasil cukai bersih kerajaan sebanyak RM900 juta untuk manfaat rakyat khususnya M40," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2023
#cukai individu
#M40
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan