GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang bersedia untuk memberikan sokongan penuh kepada Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkaitan pelaksanaan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Ketua Menterinya Chow Kon Yeow berkata pembesaran lapangan terbang itu mampu menampung kira-kira 20 juta penumpang setiap tahun.
"Pulau Pinang menyambut baik projek pembesaran lapangan terbang yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023. Kami berharap projek itu dapat dimulakan tahun ini dan siap dalam tempoh tiga tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Chow yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan berkata pembesaran itu akan dapat meningkatkan pembangunan sosioekonomi negeri-negeri Koridor Utara, sektor pelancongan dan perindustrian Pulau Pinang.
Semasa pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini, Anwar mengumumkan pembesaran LTAPP dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Selangor tetapi bercadang untuk menghentikan pembinaan lapangan terbang baharu Kulim, Kedah.
Kos pembesaran kedua-dua lapangan terbang itu yang akan diterajui oleh MAHB adalah lebih rendah berbanding pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim yang dianggarkan menelan belanja kira-kira RM7 bilion, katanya.
Sementara itu, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri (PETACE) Yeoh Soon Hin berkata beliau telah memberitahu Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengenai pembesaran LTAPP dengan harapan ia boleh dilakasanakan segera dengan sokongan Kerajaan Persekutuan.
"PETACE telah secara aktif melibatkan pelbagai syarikat penerbangan antarabangsa untuk membangunkan penerbangan terus ke Pulau Pinang. Bagaimanapun, had apron lapangan terbang dan kapasiti pengendalian penumpang menjadi penghalang utama untuk memulakan laluan penerbangan terus yangbaharu.
Ini menjadikan peruntukan dalam Belanjawan 2023 untuk projek pembesaran lapangan terbang semua lebih penting," katanya.
Untuk rekod, LTAPP telah dinaik taraf pada 2013 untuk menampung 6.5 juta penumpang setahun tetapi penumpang berkembang pesat, menjelang 2019, ia mencatatkan sejumlah 8.3 juta penumpang setahun.
Kementerian Pengangkutan meluluskan cadangan pembesarabn lapangan terbang itu di bawah pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini tetapi ia ditangguhkan selepas berlaku pertukaran pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada awal tahun 2020.
Kerajaan Persekutuan juga berkata bahawa rancangan pembesaran lapangan terbang di seluruh negara akan ditangguhkan sementara menunggu kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) dimuktamadkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2023

Kerajaan negeri Pulau Pinang bersedia untuk memberikan sokongan penuh kepada Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkaitan pelaksanaan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP). - BERNAMA

Bangladesh larang penjawat awam buat perjalanan guna kemudahan kelas pertama
Sheikh Hasina pada Khamis menandatangani arahan melarang penjawat awam membuat perjalanan menggunakan kemudahan kelas pertama.

Guna laluan sah jika ingin ke Pasar Mundok - PGA
Orang ramai didapati menyeberang ke Pasar Mundok menggunakan bot penumpang yang berulang-alik melalui Sungai Golok.

Aplikasi COVID-19 Jerman kini dalam 'mod tidur'
Aplikasi Corona Warn tidak lagi dikemas kini atau dibangunkan sehingga notis selanjutnya selepas kontrak tamat pada 31 Mei.

Bali keluar panduan etika untuk pelancong
Pekeliling itu menyenaraikan 16 peraturan yang bertujuan untuk memelihara budaya, alam sekitar dan keselamatan Bali.

Paras risiko siber Malaysia bertambah baik ke 'sederhana' pada separuh kedua 2022
Nilesh Jain berkata peralihan positif itu berpunca daripada penambahbaikan dalam kesediaan siber.

Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.

NASA uji pendekatan baharu kesan tsunami
Ia menggunakan isyarat GPS bagi mengesan gelombang di Lingkaran Api Pasifik.

Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, hari ini.

Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat
Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan.

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 - SPAN
Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

P.Pinang bantu salurkan semua sumber bagi pelaksanaan projek pembesaran LTAPP
Kerajaan Pulau Pinang akan memberikan kerjasama penuh dengan menyalurkan semua sumber dalam pelaksanaan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

Belanjawan 2023: Kerajaan Pulau Pinang sambut baik projek pembesaran LTAPP
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata pembesaran lapangan terbang itu mampu menampung kira-kira 20 juta penumpang setiap tahun.