awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2023: Peruntukan Sabah, Sarawak perlu pelaksanaan efektif, elak ketirisan - Fadillah

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
24/02/2023
12:29 MYT
Belanjawan 2023: Peruntukan Sabah, Sarawak perlu pelaksanaan efektif, elak ketirisan - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kedua-dua wilayah sentiasa mengharapkan penambahan dalam peruntukan bagaimana ia bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan - Foto/fail
KUALA LUMPUR: Peruntukan pembangunan yang disalurkan kepada Sabah dan Sarawak memerlukan pelaksanaan yang efektif bagi mengelakkan sebarang ketirisan.
Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kedua-dua wilayah itu sentiasa mengharapkan penambahan dalam peruntukan, bagaimanapun ia bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan.
"Apa yang kita lakukan sekarang ialah peruntukan yang telah disediakan dalam belanjawan untuk memastikan ia dilaksanakan dengan cekap dan berkesan supaya kita dapat mengelakkan ketirisan.
"Pelaksanaan yang begitu berkesan adalah perkara yang harus kita fokus," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata penambahbaikan di kawasan bersempadan dengan Kalimantan wajar dilaksanakan bagi memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
"Sebab itu kita perlu menambahbaik kesalinhubungan kerana ada banyak peluang daripada pihak di sana dan juga kita.
"Jadi hubungan antara rakyat dengan rakyat; perniagaan dengan perniagaan dan kerajaan dengan kerajaan boleh diperkukuhkan jika mempunyai hubungan logistik yang baik," katanya.
Menerusi Belanjawan 2023, Negeri Sabah dan Sarawak menerima peruntukan pembangunan masing-masing sebanyak RM6.5 bilion dan RM5.6 bilion.
Antaranya termasuk perancangan untuk membangunkan bandar-bandar yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia seperti Kalabakan, Sabah serta Ba'kelalan, Sarawak dengan kos RM1 bilion sebagai langkah menyambung perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.
Selain itu, lebih RM2.5 bilion disediakan bagi melaksanakan projek-projek melibatkan prasarana awam yang kebanyakannya untuk manfaat Sabah dan Sarawak melibatkan projek jalan dan lampu jalan serta bekalan air dan elektrik.
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2023
#Fadillah Yusof
#Sabah dan Sarawak
#Kalabakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan