KUALA LUMPUR: Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) menggesa kerajaan mengembalikan kadar levi keuntungan luar biasa (WPL) bagi Sabah dan Sarawak kepada 1.5 peratus dalam Belanjawan 2024 berbanding tiga peratus ketika ini.
Memandangkan kos pengeluaran yang semakin meningkat, persatuan itu turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ke atas ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah (MSM) kepada RM3,500 satu tan bagi Semenanjung Malaysia dan kepada RM4,000 satu tan bagi penanam Sabah dan Sarawak.
MPOA juga meminta insentif cukai untuk menyokong inisiatif penanaman semula berskala besar, mengiktiraf peranan kritikalnya dalam melindungi produktiviti masa depan sektor untuk menyokong rantaian bekalannya dan mengekalkan daya saing.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Joseph Tek Choon Yee berkata, sementara menunggu penanam menjalankan program tanam semula setiap tahun, kawasan tanam semula yang lebih besar harus diusahakan segera.
"Penanaman semula dipercepatkan melibatkan sektor swasta di seluruh negara adalah penting untuk mencapai kawasan penanaman semula yang lebih luas bagi memastikan kemampanan sektor kelapa sawit dengan sokongan berterusan terhadap rantaian bekalannya sambil meningkatkan produktiviti dengan bahan tanaman baharu dan amalan pertanian yang lebih baik," katanya pada Persidangan Minyak Sawit Kebangsaan MPOA 2023, pada Isnin.
Tek berkata, statistik yang mengejutkan itu mendedahkan bahawa pada masa ini terdapat 660,000 hektar, atau kira-kira 11.6 peratus daripada jumlah kawasan tanaman kelapa sawit negara, dengan pokok berusia lebih 25 tahun dan terlewat untuk penanaman semula.
Beliau menarik perhatian bahawa menjelang 2027, kawasan sawit tua akan meningkat kepada 770,000 hektar jika kadar penanaman semula berterusan kurang daripada dua peratus daripada jumlah kawasan tanaman setahun.
"Menjelang 2027, terdapat hampir dua juta hektar, iaitu 33 peratus daripada jumlah kawasan yang ditanam, mempunyai pokok berumur 20 tahun ke atas," katanya.
Memandangkan keadaan umur kelapa sawit yang semakin menua itu, MPOA menggesa kerajaan supaya sokongan cukai penanaman semula diberikan kepada sektor swasta bagi menarik penanaman semula pada skala yang lebih besar dipercepatkan.
"Kami merayu kepada kerajaan untuk melanjutkan insentif cukai elaun pelaburan semula (RA) untuk secara khusus memasukkan penanaman semula kelapa sawit dan membenarkan penggunaan RA terhadap pendapatan berkanun syarikat.
"Langkah ini juga merupakan gerakan strategik yang menjanjikan peningkatan produktiviti kelapa sawit dengan ketara, meningkatkan keluaran dalam negara kasar dan mengukuhkan hasil cukai masa depan," katanya.
Mengenai isu buruh, Tek berkata persatuan itu merayu supaya pembekuan ditarik balik dan penambahan kuota pengambilan pekerja asing untuk sektor perladangan.
Beliau berkata pelarasan ini amat diperlukan untuk memastikan operasi sektor itu berterusan dan mampan serta menangani jurang kemahiran dalam kalangan tenaga kerja asing yang akan datang.
"Tindakan pantas dalam meningkatkan kuota adalah penting untuk memenuhi permintaan buruh sektor dan mengekalkan produktiviti dan daya saingnya," katanya.
MPOA juga berharap Belanjawan 2024 akan menyertakan insentif untuk memacu mekanisasi di ladang dan automasi di kilang, khususnya untuk pekebun kecil dan kilang milik individu kecil.
"Pada masa yang sama, perlu ada penghargaan dalam kalangan penggubal dasar bahawa walaupun pengurangan besar dalam penempatan buruh di ladang kira-kira 35 peratus sejak 15 tahun lepas, ladang-ladang masih memerlukan sejumlah besar pekerja asing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023

Tek berkata, statistik menunjukkan pada masa ini terdapat 660,000 hektar kawasan tanaman kelapa sawit negara dengan pokok berusia lebih 25 tahun dan terlewat untuk penanaman semula. - Gambar hiasan

'Kami perlu berhati-hati beri sebarang kenyataan' - KLN
Kementerian Luar Negeri perlu berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan kerana melibatkan hubungan antara negara.

Anak bekas ketua tentera Israel terbunuh dalam serangan zionis di Gaza
Gal Meir Eisenkot dilaporkan terbunuh dalam letupan di sebuah terowong berdekatan dengan kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
Setahun Kerajaan Madani: Platform rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang akan membuka tirai di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini akan menjadi platform terbaik bagi rakyat Malaysia untuk melihat sendiri kad laporan kerajaan bagi tempoh setahun.
Mangsa terjejas di Kelantan semakin menurun
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Jumaat mencatatkan penurunan kepada 1,495 orang berbanding lebih 2,000 sebelumnya.
Negara Arab, Islam tuntut gencatan senjata
Negara-negara Arab dan Islam menyeru untuk mengundi draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan di Gaza, pada Jumaat.

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.
Lintasan Karem Abu Salem dijangka dibuka tidak lama lagi - PBB
Persimpangan Karem Abu Salem yang terletak antara Israe dan Gaza dijangka akan dibuka tidak lama lagi bagi membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah Palestin.
Situasi di Gaza pembunuhan besar-besaran
Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dalam pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, mengutuk situasi di Gaza sebagai pembunuhan besar-besaran.
Angka korban di Gaza cecah 17,000
Pencerobohan Israel di Gaza menyebabkan ratusan lagi rakyat Palestin terbunuh menjadikan angka korban kini melebihi 17 ribu orang, pada Khamis.
Tiada persetujuan Israel-Hamas mengenai jeda kemanusiaan
White House menyatakan ketiadaan potensi perjanjian jeda kemanusiaan antara Israel dan Hamas dalam masa terdekat, sementara kumpulan tujuh negara terus mendesak bantuan.

Cadangan pekerja asing gantian PRIMAS akan dibincang dengan MOF - Sivakumar
Cadangan PRIMAS supaya kerajaan membenarkan pengambilan pekerja asing gantian akan dibincangkan dalam jawatankuasa bersama Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan.

Runtuhan gudang: Mangsa tiada caruman Perkeso, KSM akan ambil tindakan terhadap majikan
Kegagalan majikan mendaftar dan membayar caruman pekerja asing itu jelas melanggar Seksyen 6, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

Proses kemasukan pekerja asing sektor pembersihan, pencucian dibekukan
Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri bersetuju untuk membekukan proses kemasukan pekerja asing bagi sub sektor pembersihan dan pencucian.

LKAN 2022: Sistem pengurusan pekerja asing KSM tidak memuaskan
Dua ID Super Admin KSM untuk sistem FWCMS, bukan pegawai KSM, sekaligus berisiko penyalahgunaan ID terhadap pengurusan pekerja asing.

KSM akui wujud kes amah tidak dibayar gaji selama 19 tahun
KSM mengakui masih banyak kes membabitkan majikan yang mengabaikan pekerja asing termasuk isu tidak membayar gaji amah selama 19 tahun.

SPRM tahan eksekutif wanita terima rasuah RM45,000
Seorang eksekutif di syarikat yang membekalkan sistem pengurusan pekerja asing ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM45,000.

Surat aktivis: KSM akan jalankan operasi seluruh negara - Sivakumar
KSM akan menjalankan operasi di seluruh negara susulan surat seorang aktivis hak migran kepada OHCHR berhubung nasib pekerja Bangladesh di Malaysia.

KPKT sedia garis panduan penginapan atasi isu tempat tinggal pekerja asing, tempatan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membangunkan garis panduan penginapan, bagi memastikan kebajikan pekerja dipelihara dan mematuhi perundangan.

Jumlah pekerja asing di Malaysia kini lebih 2.7 juta orang
Jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berdaftar di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 pula adalah seramai 747,167 orang.

Kerajaan kaji waktu kerja anjal sektor perladangan, tarik pekerja tempatan
Kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk memperkenalkan waktu kerja anjal bagi menarik lebih ramai golongan muda terlibat dalam sektor perladangan.