awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2024 perlu beri fokus kepada isu sara hidup - Noor Azlan

Bernama
Bernama
05/10/2023
20:30 MYT
Belanjawan 2024 perlu beri fokus kepada isu sara hidup - Noor Azlan
Noor Azlan menekankan bahawa, kejayaan ekonomi adalah kesejahteraan rakyat. - Gambar fail/BERNAMA
BANGI: Belanjawan 2024 yang bakal dibentang di Dewan Rakyat pada 13 Okt ini perlu memberi penekanan terhadap isu kos sara hidup rakyat yang kian meningkat.
Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM) Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata isu besar yang dihadapi negara adalah tekanan terhadap harga dan bekalan.
"Kalau di Bangi ini, masuk ke pasar raya kita tahu beras dekat mana. Cuba masuk pasar raya, nampak penuh ke, nampak kosong? itu sahaja jawapannya. Rata-rata orang terpaksa pergi dua tiga tempat hendak dapatkan beras yang dimakan.
"Pada masa ini kita tidak bercakap soal mahu menukar telefon bimbit, kita bercakap soal mengisi perut. Itu antara isu semasa yang sangat besar," kata Noor Azlan pada diskusi pra-Belanjawan 2024 di UKM pada Khamis.
Beliau menekankan bahawa kejayaan ekonomi adalah kesejahteraan rakyat.
"Kalau ia tidak melimpah kepada keselesaan kehidupan, masih ada masalah dari segi menguruskan ekonomi," katanya.
Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata perlu ada model yang berkesan bagi pelaksanaan subsidi bersasar untuk mengelak ketirisan berlaku.
Beliau menambah pengurangan subsidi boleh dibuat secara berkala dan penjimatan subsidi tersebut boleh diberi kepada mereka yang layak.
"Pindahan penjimatan subsidi tersebut boleh diberi secara tunai kepada mereka yang betul-betul layak kerana data kes sudah ada," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2024
#isu kos sara hidup
#Noor Azlan Ghazali
#harga barang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan