Apa yang Anda Dapat daripada Bajet 2026? STR, SARA, Bantuan Ibu Tunggal, Pelajar & Banyak Lagi – Semak Analisis Penuh di Sini!
BISNES

Belanjawan 2026: 8 perkara menarik tentang Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026

Nabilah Khaleeda 10/10/2025 | 12:50 MYT
Antara persembahan yang disajikan kepada orang ramai pada Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) di Klebang, baru-baru ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) dilancarkan penuh gilang-gemilang di bandar bersejarah Melaka, sekali gus menjadi simbolik tahun penting sektor pelancongan negara, tahun depan.

Lebih istimewa, pelancaran yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu turut disaksikan delegasi pelancongan dari seluruh dunia sempena Hari Pelancongan Sedunia dan Persidangan Pelancongan Sedunia 2025.

1. Sasaran jumlah pelawat

Kerajaan menetapkan sasaran menarik 47 juta pelawat antarabangsa dengan jangkaan pendapatan pelancongan mencecah RM329 bilion antara unjuran tertinggi dalam sejarah negara.

2. Peruntukan besar

Lebih RM700 juta diperuntukkan bagi memacu sektor pelancongan, termasuk promosi, infrastruktur, dan acara antarabangsa.

3. Kempen utama TMM 2026

Sebahagian besar dana, RM500 juta disalurkan khas untuk menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia di dalam dan luar negara.

4. Galakan penerbangan antarabangsa baharu

RM50 juta geran padanan disediakan untuk menarik penerbangan antarabangsa baharu ke Malaysia. Antara syarikat yang telah menyertai termasuk British Airways, Hong Kong Express dan Jiangxi Air.

5. Pelaburan tapak UNESCO & destinasi alam semula jadi

RM25 juta diperuntukkan bagi menaik taraf kemudahan pelancongan termasuk tapak UNESCO seperti:
• Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak
• Lembah Lenggong, Perak
• Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Forest Park, Selangor

6. Langkawi sebagai destinasi geopelancongan

Langkawi kekal sebagai permata pelancongan dengan pembangunan Kilim Geoforest Park, Gua Selat Panchor Trail, dan geotrail pendakian UNESCO Global Geopark.

7. Insentif cukai untuk pengusaha & pelancong

Kerajaan menawarkan pelbagai insentif cukai:
• Potongan cukai sehingga RM500,000 untuk ubah suai premis pelancongan.
• Pengecualian cukai 100 peratus kepada syarikat pelancongan & penganjur acara antarabangsa.
• Pelepasan cukai individu RM1,000 bagi rakyat yang melancong dalam negara.

8. Memberi limpahan ekonomi kepada komuniti tempatan

TMM 2026 bukan sekadar kempen pelancongan tetapi misi nasional untuk menggerakkan ekonomi rakyat termasuk peniaga kecil, komuniti desa, pengusaha kraf, dan industri kreatif.


#TMM2026 #Belanjawan 2026 #Anwar Ibrahim #industri pelancongan