BISNES
Belanjawan 2026 akan disesuaikan dengan keutamaan ekonomi negeri - PM Anwar
Perdana Menteri (kiri) bercakap pada sesi Libat Urus Belanjawan 2026 bersama pemain industri pelancongan dan pembuatan di Banda Hilir, Melaka, hari ini. - Foto Bernama
MELAKA: Penyediaan Belanjawan Negara 2026 akan disesuaikan dengan keutamaan ekonomi setiap negeri dan bukan hanya ditentukan di peringkat kementerian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
Beliau berkata pendekatan itu penting, bagi memastikan pertumbuhan ekonomi berjalan lancar tanpa mengabaikan keperluan rakyat terutama dalam menangani kos sara hidup.
"Setiap negeri ada kekuatan tersendiri. Seperti di Melaka, tumpuan diberikan kepada sektor pelancongan dan pembuatan, kerana prestasi negeri ini sangat memberangsangkan," kata beliau pada sesi libat urus Belanjawan 2026 bersama Pemain Industri Pelancongan dan Pembuatan bersama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di Banda Hilir, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan Datuk Zamzuri Abdul Aziz.
Perdana Menteri berkata keresahan rakyat akibat kos sara hidup perlu diambil kira, kerana terdapat jurang antara golongan elit dan bawahan.
"Kerana itu pengukuhan ekonomi itu tidak boleh diiktiraf dengan teori ekonomi tradisional, tetapi perlu dikaitkan dengan keperluan dan kebijaksanaan, bagi memastikan masyarakat kita dapat berkembang dan jalan yang diambil adalah munasabah, ringan dan tidak membebankan rakyat," kata beliau.
Terdahulu sesi libat urus tersebut disertai kira-kira 150 pemain industri pelancongan dan pembuatan selain agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Ringkasan AI
- Belanjawan Negara 2026 akan disesuaikan mengikut keutamaan ekonomi negeri, bukan hanya ditentukan di peringkat kementerian, bagi memastikan pertumbuhan seimbang dan menangani kos sara hidup.
- Anwar tekankan kepentingan pendekatan inklusif yang mengambil kira kekuatan setiap negeri, contohnya Melaka dengan sektor pelancongan dan pembuatan.
- Jurang antara golongan elit dan bawahan perlu diatasi, dengan dasar ekonomi yang munasabah, ringan dan tidak membebankan rakyat.