Apa yang Anda Dapat daripada Bajet 2026? STR, SARA, Bantuan Ibu Tunggal, Pelajar & Banyak Lagi – Semak Analisis Penuh di Sini!
BISNES

Belanjawan 2026: Cukai Karbon diperkenal, peruntukan RM20 juta kelengkapan cekap tenaga

Asyraf Malik 10/10/2025 | 12:15 MYT
Anwar berkata Cukai Karbon akan diperkenalkan mulai tahun 2025, menumpukan sektor besi, keluli dan tenaga. - Gambar JaPen
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Cukai Karbon akan diperkenalkan mulai tahun 2026 yang menumpukan sektor besi, keluli dan tenaga.

Perdana Menteri menjelaskan, mekanisme akan turut diselaras dengan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan dan Rang Undang-undang (RUU) Perubahan Iklim Negara yang bakal digubal.

Tambahnya, RM20 juta diperuntukan untuk meneruskan pemberian rebat bagi kelengkapan jenis cekap tenaga kepada pengguna dan peniaga.

"Kerajaan juga bercadang supaya pelepasan cukai pendapatan individu sebanyak RM2,500 diperluas untuk merangkumi pembelian mesin rincih sisa makanan bagi menggalakkan gaya hidup lestari.

"Selain itu, Skim Pembiayaan Teknologi Hijau, GTFS 5.0 dibuka sehingga 31 Disember 2026 dengan insentif jaminan kerajaan sehingga 80 peratus bagi teknologi hijau sektor sisa.

"Dan jaminan sehingga 60 peratus bagi sektor lain seperti tenaga, air, pengangkutan dan pembuatan dengan nilai pembiayaan berjumlah RM1 bilion," katanya semasa pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) akan terus dipacu pemain industri dengan sokongan Dana Peralihan Tenaga Negara RM150 juta.

NETR menetapkan sasaran 70 peratus kapasiti penjanaan elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu (TBB) menjelang 2050.

Anggaran pelaburan swasta RM6 bilion untuk projek penjanaan solar berskala besar dengan kapasiti hampir dua gigawatt.






#Belanjawan 2026 #kelengkapan cekap tenaga #cukai karbon #peralihan tenaga