BISNES
Belanjawan 2026 dirangka dengan pendekatan fiskal menyeluruh - Amir Hamzah
Pendekatan fiskal bagi Belanjawan 2026 dirangka secara menyeluruh meliputi perbelanjaan mengurus dan pembangunan persekutuan serta pelaburan katalitik oleh entiti berkaitan kerajaan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pendekatan fiskal bagi Belanjawan 2026 dirangka secara menyeluruh meliputi perbelanjaan mengurus dan pembangunan persekutuan serta pelaburan katalitik oleh entiti berkaitan kerajaan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Ringkasan AI
Katanya, entiti itu termasuklah Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Badan Berkanun Persekutuan (BBP) dan Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD).
Beliau berkata pendekatan itu mengoptimumkan sumber negara di bawah satu hala tuju yang koheren, sejajar dengan keutamaan negara bagi memastikan impak ekonomi dan kesejahteraan rakyat berada pada tahap tertinggi.
Katanya, jumlah RM470 bilion merupakan gambaran perbelanjaan awam lebih menyeluruh kerana turut merangkumi RM50.8 bilion pelaburan awam oleh entiti seperti Khazanah Nasional Bhd, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), Pengurusan Aset Air Bhd dan Prasarana Malaysia Bhd.
"Perbelanjaan awam pada 2026 meningkat kepada RM470 bilion berbanding RM452 bilion pada 2025.
"Dasar fiskal yang mengembang bertujuan menyokong momentum pertumbuhan ekonomi lebih-lebih lagi dalam ketidaktentuan ekonomi global.
"Bagi keperluan kelulusan oleh Parlimen, jumlah anggaran Belanjawan 2026 ialah RM421.2 bilion meliputi RM338.2 bilion perbelanjaan mengurus dan RM83 bilion perbelanjaan pembangunan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 (Belanjawan 2026) Peringkat Dasar di Dewan Rakyat hari ini.
Bagi peruntukan pembangunan pula, Amir Hamzah menegaskan bahawa kerajaan MADANI kekal komited menyokong momentum pertumbuhan dengan dasar fiskal yang mengembang walaupun terdapat sebilangan ahli Parlimen yang mendakwa berlaku penurunan bagi peruntukan pembangunan (DE) 2026.
"Agihan peruntukan DE untuk projek DE Asas tahun 2026 meningkat kepada RM57.6 bilion atau 71 peratus berbanding RM55.67 bilion atau 65 peratus pada tahun 2025.
"DE 2026 untuk semua negeri meningkat berbanding 2025 bagi memastikan agihan yang seimbang dan terangkum. Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) turut meluluskan projek-projek yang mengambil kira keutamaan setiap negeri," katanya.
Beliau menjelaskan bahawa tahun pertama RMK13 lazimnya tertumpu kepada perancangan dan kelulusan projek, dengan 18.8 peratus daripada keseluruhan peruntukan lima tahun diperuntukkan pada 2026 lebih tinggi berbanding 16.5 peratus dalam RMK12.
Amir Hamzah berkata, dengan unjuran keluaran dalam negara kasar berkembang 4.0 hingga 4.5 peratus tahun depan, peruntukan pembangunan yang disokong pelaburan awam oleh GLIC, BBP dan MKD berjumlah RM50.8 bilion akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara.
Persidangan akan bersambung esok.
-- BERNAMA
Kalkulator Belanjawan 2026 - Ketahui Apa Manfaat Anda di sini!
Ringkasan AI
- Pendekatan fiskal Belanjawan 2026 merangkumi perbelanjaan mengurus, pembangunan persekutuan, dan pelaburan katalitik oleh entiti berkaitan kerajaan seperti GLIC, GLC, BBP, dan MKD.
- Jumlah RM470 bilion perbelanjaan awam 2026 termasuk pelaburan RM50.8 bilion oleh entiti seperti Khazanah Nasional Bhd, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), Pengurusan Aset Air Bhd, dan Prasarana Malaysia Bhd.
- Peruntukan pembangunan DE 2026 meningkat kepada RM57.6 bilion, menunjukkan komitmen kerajaan MADANI dalam menyokong pertumbuhan ekonomi dengan dasar fiskal yang mengembang, walaupun ada kritikan daripada sebahagian ahli Parlimen.