BISNES
Belanjawan 2026: GST dengan kadar rendah wajar dilaksana semula - Tinjauan
Sebanyak 47.88 peratus responden bersetuju dengan cadangan GST diperkenalkan semula dengan kadar lebih rendah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Majoriti responden tinjauan dalam talian oleh Astro AWANI berpandangan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) wajar diperkenalkan semula dengan kadar yang lebih rendah.
Ringkasan AI
Menerusi tinjauan Suara Anda Suara Malaysia yang disertai 424 responden sejak 48 jam lalu, 47.88 peratus responden bersetuju dengan cadangan itu.
Sebanyak 15.8 peratus responden yang turut bersetuju dengan pelaksanaan semula GST, mahukan kadar yang lama dikekalkan.
Bagaimanapun, 32.78 peratus responden kekal menolak cukai yang pernah dilaksanakan pada 2015 hingga 2018 itu.
Dalam pada itu, 3.54 peratus responden menyatakan tidak pasti sama ada GST perlu diperkenalkan semula atau tidak.
Astro AWANI membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk bersuara dan berkongsi pandangan menjelang pembentangan Belanjawan 2026.
Menerusi inisiatif tersebut, orang ramai terbuka untuk menyertai kuiz khas yang mengandungi soalan penting berkaitan isu kos sara hidup, subsidi, pekerjaan, pendidikan, kesihatan, cukai, serta hala tuju ekonomi negara.
Soalan baharu akan dikemas kini setiap dua hari, sehinggalah menjelang sehari sebelum Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober nanti.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Ringkasan AI
- Sebanyak 47.88 peratus daripada 424 responden bersetuju GST diperkenalkan semula dengan kadar lebih rendah, manakala 15.8 peratus bersetuju jika kadar lama dikekalkan; 32.78 peratus menolak sepenuhnya pelaksanaan semula GST dan 3.54 peratus tidak pasti.
- Tinjauan dalam talian ini dijalankan menerusi inisiatif Suara Anda Suara Malaysia menjelang pembentangan Belanjawan 2026, bagi mengumpul pandangan rakyat terhadap isu ekonomi dan dasar fiskal negara.
- Astro AWANI turut menyediakan kuiz khas berkaitan isu kos sara hidup, subsidi, pekerjaan, pendidikan, kesihatan dan cukai, dengan soalan dikemas kini setiap dua hari sehingga sehari sebelum Belanjawan 2026 dibentangkan pada 10 Oktober oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.