BISNES
Belanjawan 2026: Kawal had skim BNPL elak belia dijerat hutang - Belia
Pelajar UPSI, Amirul Aiman Ihsan Abas melihat spesifikasi barangan melalui platform e-dagang. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Belanjawan 2026 perlu memperkenalkan dasar kawal selia fasiliti pinjaman Beli Dulu Bayar Kemudian (BNPL) bagi mengelakkan belia terus dijerat hutang.
Ringkasan AI
Ketua Pegawai Eksekutif MyCelik Network & Alumni Teroka, Jason Chin Thean Soo berkata, aspek memantapkan literasi kewangan dalam kalangan belia perlu menjadi sebahagian daripada dasar fiskal negara.
“Ada juga perbincangan mengenai penetapan BNPL sebagai elemen yang boleh menjejaskan skor kredit. Sekarang BNPL tidak diselia. Jika ia tidak dikawal, BNPL akan jadi perangkap hutang yang besar,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Anak Muda pada Jumaat.
Dalam pada itu, Aktivis Mandiri, Muhammad Fakrurrazzi Khairur Rijal tidak bersetuju sekiranya fasiliti BNPL disekat sehingga menjejaskan peluang untuk belia membina rekod kredit bagi mendapatkan kemudahan kewangan lebih besar pada masa akan datang.
“Malaysia merupakan sebuah ekonomi pasaran terbuka. Oleh itu, jika hendak sekat BNPL, kita perlu sedar bahawa bagi sesetengah orang BNPL memudahkan dirinya. Mungkin ada orang cakna dengan hal ini.
“Tetapi (dalam sesetengah keadaan) sukar bagi mereka untuk dapatkan kad kredit yang boleh mencantikkan skor kredit sendiri, disebabkan oleh gaji yang rendah dan sebagainya. Oleh itu, untuk halang BNPL mungkin bukan suatu perkara utama,” ujarnya.
Pada Mac, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Tahun Dua 2024 (ST2 2024) melaporkan jumlah hutang terkumpul skim BNPL kekal sebagai sebahagian kecil daripada keseluruhan hutang isi rumah iaitu sebanyak RM2.8 bilion atau 0.2 peratus daripada jumlah hutang isi rumah setakat Disember 2024.
Menurut BNM, jumlah pembelian menerusi BNPL menunjukkan peningkatan dari segi jumlah transaksi dan nilai, masing-masing kepada 83.8 juta transaksi dan RM7.1 bilion pada tempoh tersebut.
Bagaimanapun, kata bank pusat itu, risiko yang berkaitan dengan BNPL kekal terkawal.
Pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan pada 10 Oktober akan datang.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Ringkasan AI
- Belanjawan 2026 disaran kawal selia fasiliti BNPL agar belia tidak terjerat hutang, serta mantapkan literasi kewangan sebagai dasar fiskal negara. BNPL yang tidak diselia boleh jejaskan skor kredit dan menjadi perangkap hutang, walaupun jumlah hutangnya kini masih kecil. Namun, ada pandangan bahawa BNPL tidak wajar disekat sepenuhnya kerana ia bantu belia bina rekod kredit, terutama bagi mereka yang sukar akses kad kredit.