BISNES
Belanjawan 2026: Kerajaan terus utamakan pelaburan strategik bernilai tinggi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat. - Gambar/ Japen
KUALA LUMPUR: Biarpun tahun hadapan lebih mencabar, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia bersedia menarik lebih banyak pelaburan melalui pendekatan yang strategik.
Ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Rabu, beliau berkata, Malaysia akan terus mengutamakan pelaburan strategik bernilai tinggi seperti semikonduktor, peralihan tenaga dan digital.
Antara inisiatif yang tergaris, kata Menteri Kewangan itu lagi, peruntukan RM200 juta untuk Dana Pelaburan Bersama Strategik, bagi menyediakan dana padanan kepada PKS dan syarikat pertengahan yang mengukuhkan rantaian bekalan sektor utama melalui platform Pendanaan Ekuiti (ECF) dan Pembiayaan Rakan Setara (P2P).
Selain itu beliau berkata, terdapat juga peruntukan RM180 juta Dana Pembangunan Industri NIMP, bagi sektor berimpak tinggi seperti farmaseutikal, semikonduktor, AI, digital dan kelestarian.
Tambahnya lagi, Khazanah dan KWAP juga mempunyai komitmen RM550 juta untuk dilaburkan dalam ekosistem semikonduktor dalam usaha meningkatkan usaha sama firma tempatan dan syarikat multinasional.
Perdana Menteri berkata, agi memacu pengembangan sektor strategik, pelaburan GLIC melalui ikhtiar GEAR-uP sebanyak RM30 bilion akan menyokong syarikat atau pasaran tempatan di peringkat pertumbuhan.
“Umpamanya, KWAP menyediakan RM1.2 bilion ringgit Dana Pemacu bagi membuat pelaburan bersama dengan pengurus dana swasta (co-GP) untuk membiayai syarikat atau pasaran yang sedang berkembang dalam sektor seperti peralihan tenaga, keterjaminan makanan dan ekonomi digital.
“(Selain itu) Program Syarikat Mid-Tier Khazanah (akan) menyediakan pembiayaan RM250 juta untuk membina keupayaan syarikat peringkat pertengahan,” katanya lagi.
Menyentuh mengenai startups, Anwar berkata industri itu telah menyumbang RM1 bilion kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), selain menjana 82,000 peluang pekerjaan.
“Selari dengan aspirasi Pelan Hala Tuju Modal Teroka Malaysia, pelaburan Dana Perintis KWAP dan Jelawang Capital Khazanah ditingkatkan kepada RM750 juta ketimbang RM550 juta.
“Cradle Fund dengan dana RM55 juta ringgit akan melaksanakan Program Pelaburan Ekuiti serta Bengkel Inovasi GLC yang diperluas kepada sektor swasta. Kerajaan bercadang menambah baik galakan cukai modal teroka sedia ada untuk tempoh 10 tahun melalui kadar cukai khas dan pengecualian cukai dividen,” katanya lagi.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini

#Belanjawan 2026
#Pelaburan strategik Malaysia
#Dana Pembangunan Industri NIMP
#Semikonduktor Malaysia