BISNES
Belanjawan 2026: Kerajaan tolak budaya hutang, perangi ketirisan - PM
Kerajaan menegaskan komitmen untuk menolak budaya menumpuk hutang tanpa kawalan, melawan ketirisan dan kebobrokan, serta menentang kemewahan kelompok elit yang dibayar dengan kesengsaraan rakyat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Belanjawan MADANI Keempat yang dibentangkan memberi tumpuan kepada penyelesaian persoalan dan cabaran ekonomi semasa, di samping merangka langkah bagi mengelak kebejatan serta keterlanjuran fiskal.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan menegaskan komitmen untuk menolak budaya menumpuk hutang tanpa kawalan, melawan ketirisan dan kebobrokan, serta menentang kemewahan kelompok elit yang dibayar dengan kesengsaraan rakyat.
“Sebaliknya, kita memilih jalan reformasi yang berliku, sukar dan panjang, dengan menekankan disiplin fiskal yang tegas serta pengukuhan institusi. Hanya melalui pendekatan ini negara dapat diselamatkan dalam tempoh jangka panjang,” menurut beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen pada Jumaat.
Belanjawan MADANI Keempat dijangka menggariskan strategi menyeluruh bagi memperkukuh daya tahan ekonomi negara, memastikan pengurusan kewangan awam yang berhemat, dan memperkukuh asas pembangunan inklusif demi kesejahteraan rakyat.
Umum beliau lagi, belanjawan pada kali ini juga menandakan lembaran pertama RMK13 yang tidak sekadar berfungsi sebagai perencanaan kewangan tahunan tetapi merupakan kompas sejarah untuk era mendatang.
Sementara itu, Belanjawan MADANI Keempat adalah saksi bahawa kita memilih jalan kebangkitan dan pembaharuan nasional (national rejuvenation) yang menyeluruh.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini