BISNES
Belanjawan 2026: Ketahanan perlu berevolusi menjadi kekuatan strategik – KRI
Langkah menyalurkan semula penjimatan subsidi kepada bantuan tunai ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap isi rumah berpendapatan rendah.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) menyifatkan Belanjawan 2026 sebagai pelan penting untuk membawa Malaysia ke fasa baharu reformasi dengan menumpukan kepada pertumbuhan inklusif dan kekuatan strategik jangka panjang.
Menurut KRI, belanjawan kali ini bukan sekadar mengekalkan daya tahan ekonomi, tetapi melangkah ke arah pembinaan kekuatan strategik negara melalui pelaburan dalam industri berimpak tinggi, perlindungan sosial dan pembangunan infrastruktur.
“Ketahanan sebenar bukan hanya kemampuan menghadapi kejutan ekonomi, tetapi kebolehan untuk bangkit lebih kuat dan menyesuaikan diri. Malaysia kini perlu bergerak daripada sekadar bertahan kepada strategi yang lebih progresif dan berdaya saing,” menurut kenyataan itu.
KRI berkata, Belanjawan 2026 memperkukuh agenda perindustrian negara berpandukan Pelan Induk Perindustrian Negara (NIMP) 2030 dan Peta Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
Langkah memobilisasi pelaburan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dalam sektor semikonduktor, tenaga boleh baharu dan kecerdasan buatan (AI) disifatkan penting bagi memacu kemajuan teknologi serta meningkatkan daya saing ekonomi.
KRI turut memuji penekanan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat melalui program seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memperkukuh jaringan perlindungan sosial.
“Langkah menyalurkan semula penjimatan subsidi kepada bantuan tunai ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap isi rumah berpendapatan rendah,” ujarnya.
Dalam masa sama, agenda keselamatan makanan melalui Payung RAHMAH dan Ikhtiar Dapur MADANI dilihat sebagai usaha menyeluruh, bukan hanya memastikan bekalan makanan mencukupi, tetapi juga menjamin akses kepada makanan berkhasiat dan mampu milik.
KRI menyambut baik peningkatan pelaburan dalam sektor kesihatan awam termasuk langkah mengekang inflasi perubatan serta memperkukuh kebajikan tenaga kerja kesihatan.
Pengenaan duti eksais terhadap produk tidak sihat seperti tembakau dan alkohol turut disokong, dengan saranan agar hasilnya disalurkan semula kepada usaha promosi kesihatan dan pencegahan penyakit.
Dalam aspek pembangunan tenaga kerja, KRI memuji peluasan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta kerjasama lebih erat antara institusi latihan, universiti dan industri.
Namun, katanya, reformasi gaji perlu seiring bagi memastikan peningkatan produktiviti turut membawa manfaat kepada pekerja tempatan.
KRI turut menyokong langkah kerajaan melabur dalam ketahanan iklim termasuk mitigasi banjir dan pelaksanaan NETR, namun menegaskan, pelaksanaan cukai karbon tenaga perlu dipantau agar tidak menjejaskan kestabilan harga.
“Kami memuji komitmen kerajaan untuk memperkukuh asas fiskal dan meneruskan agenda reformasi. Malaysia kini perlu melangkah daripada pendekatan bertahan kepada strategi jangka panjang yang mampu membuka potensi sebenar negara,” katanya.
KRI menegaskan kesediaannya untuk terus menyokong agenda reformasi kerajaan melalui pandangan bebas berasaskan bukti dan penglibatan konstruktif.
“Hanya dengan keseimbangan antara kemajuan dan akauntabiliti, ketahanan hari ini dapat berevolusi menjadi kekuatan strategik yang membawa kemakmuran bersama,” menurut kenyataan itu lagi.