BISNES
Belanjawan 2026: Lebih RM2 bilion peruntukan bantu murid miskin, pendidikan awal kanak-kanak
Kata Anwar, Bantuan Am Persekolahan turut diperluas sehingga tingkatan lima dengan peruntukan RM180 juta. - Gambar JaPen
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan lebih RM2 bilion dalam Belanjawan 2026 bagi memastikan anak-anak daripada keluarga susah tidak tercicir daripada pendidikan serta memperkukuh asas pendidikan awal kanak-kanak di seluruh negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, RM150 juta disediakan untuk Biasiswa Kecil Persekutuan, manakala RM870 juta diperuntukkan bagi Rancangan Makanan Tambahan yang membekalkan makanan berkhasiat kepada 870,000 murid sekolah rendah.
"Dalam usaha membantu pelajar miskin di peringkat menengah, Bantuan Am Persekolahan turut diperluas sehingga tingkatan lima dengan peruntukan RM180 juta.
"Semua 5.2 juta murid sekolah kerajaan akan menerima RM150 Bantuan Awal Persekolahan, membabitkan peruntukan besar berjumlah RM800 juta.
“Mulai tahun 2026, bantuan ini akan disalurkan terus melalui guru kepada ibu bapa di sekolah, bagi mengukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak demi pendidikan lebih baik ana-anak,” katanya semasa pembentangan Belanjawan 2026 pada Jumaat.
Pada masa sama kata Anwar, kerajaan turut menumpukan perhatian kepada pendidikan awal kanak-kanak dengan pembinaan enam taska dan tabika KEMAS baharu, termasuk di Kampung Lendu, Melaka dan Kampung Gong Beting, Dungun, Terengganu.
"Bagi memperkukuh infrastruktur, RM20 juta diperuntukkan untuk menaik taraf taska perpaduan di seluruh negara, manakala RM70 juta disalurkan bagi membekalkan televisyen pintar kepada 10,800 kelas prasekolah, taska dan tabika," katanya.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini