BISNES
Belanjawan 2026: Mohon doa pembentangan esok berjalan lancar - Anwar
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat buku ucapan Belanjawan 2026 semasa hadir ke Hari Tinjauan di Kementerian Kewangan hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon semua rakyat Malaysia mendoakan agar pembentangan Belanjawan 2026 esok berjalan lancar.
Ringkasan AI
"Doakan semuanya selamat, insya-Allah," katanya ketika ditemui media selepas meninjau persiapan akhir Belanjawan 2026 di Kementerian Kewangan (MoF) di sini hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan tiba kira-kira 3 petang dan disambut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Perdana Menteri meluangkan kira-kira 30 minit meninjau ruang operasi Belanjawan 2026 di Dewan Utama dan beramah mesra dengan warga MoF yang terlibat dalam penyediaan dokumen itu.
Sebanyak 320 pegawai dan kakitangan MoF daripada pelbagai bahagian termasuk Bahagian Cukai, Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Bahagian Antarabangsa, Bahagian Pejabat Belanjawan Negara dan Pasukan Bajet terlibat dalam penyediaan dokumen belanjawan tersebut.
Anwar turut bergambar bersama pengurusan tertinggi setiap kumpulan yang memainkan peranan dalam proses penyediaan Belanjawan 2026 di lobi utama MoF.
Sebelum ini, Perdana Menteri dilaporkan berkata Belanjawan MADANI 2026 akan mencerminkan keutamaan kerajaan dan hala tuju negara tahun depan dengan tumpuan kepada usaha membela rakyat, memperkukuh ekonomi serta memperteguh asas negara yang mampan dan inklusif.
Anwar dijadual membentangkan Belanjawan MADANI Keempat itu di Parlimen pada 4 petang esok.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Ringkasan AI
- PM Anwar mohon rakyat doakan kelancaran pembentangan Belanjawan 2026 yang akan berlangsung esok di Dewan Rakyat.
- Anwar tinjau persiapan akhir di Kementerian Kewangan, melibatkan 320 pegawai daripada pelbagai bahagian termasuk fiskal, cukai dan bajet.
- Belanjawan MADANI 2026 dijangka fokus membela rakyat, kukuh ekonomi dan bina asas negara inklusif serta mampan.