BISNES
Belanjawan 2026: Pahang sasar kutipan hasil lebih RM1.2 bilion
Wan Rosdy mengumumkan bahawa pada tahun depan, kerja-kerja penyelenggaraan jalan negeri, perbandaran, pertanian dan kampung akan dilaksanakan dengan nilai keseluruhan RM455 juta. - Gambar Sinar Harian
KUANTAN: Kerajaan Pahang menyasarkan kutipan hasil mencecah RM1.279 bilion pada tahun depan iaitu meningkat kira-kira tujuh peratus berbanding Belanjawan 2025, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Ringkasan AI
Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak RM1.274 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM446.26 juta bagi menampung perbelanjaan pembangunan negeri.
"Selaras dengan Aspirasi Pahang 1st, belanjawan ini adalah kesinambungan kepada visi besar negeri iaitu sebuah pelan tindakan yang dirancang dan bersifat menyeluruh," katanya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2026 yang bertemakan "Pahang 1st :Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan" pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Wan Rosdy turut mengumumkan bahawa pada tahun depan, kerja-kerja penyelenggaraan jalan negeri, perbandaran, pertanian dan kampung akan dilaksanakan dengan nilai keseluruhan RM455 juta.
"Sebagai usaha berterusan meningkatkan kualiti infrastruktur negeri, Jabatan Kerja Raya Pahang diperuntukkan sebanyak RM134.34 juta bagi belanjawan mengurus dan pembangunan," katanya.
Bagi meningkatkan kualiti bekalan air untuk rakyat, kerajaan negeri memperuntukkan RM64.54 juta melalui Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan, mengurangkan kehilangan air tidak terhasil (NRW) dan memastikan bekalan lebih stabil.
Kerajaan negeri juga menyediakan Program Air Percuma Pahang 1st untuk setiap 20 kubik meter pertama bagi membantu golongan B40 menikmati air terawat percuma. Tahun depan, RM7.3 juta diperuntukkan untuk program ini yang dijangka memanfaatkan 38,000 pengguna.
Keutamaan seterusnya ialah usaha mengurangkan risiko banjir. Sebanyak RM52.23 juta diperuntukkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang untuk projek berkaitan pengurangan risiko banjir, hakisan pantai dan pemulihan muara sungai.
Sementara itu, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri juga akan menyalurkan sumbangan RM400 kepada pelajar Pahang di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang berdaftar dengan kerajaan negeri, melibatkan peruntukan sebanyak RM9 juta.
"Kerajaan negeri juga akan memberi sumbangan RM1,000 kepada setiap pelajar yang melanjutkan pengajian ke luar negara dengan peruntukkan RM300,000," katanya.
Menurut beliau, golongan B40 akan terus dibantu antaranya menerusi pemberian RM200 kepada setiap petani dan nelayan dengan masing-masing melibatkan peruntukan RM1.07 juta serta RM650,000.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan Pahang sasar kutipan hasil RM1.279 bilion pada tahun depan, naik 7% berbanding Belanjawan 2025, sebahagian besarnya untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan negeri.
- Belanjawan Negeri Pahang 2026 bertemakan "Pahang 1st: Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan", menitikberatkan penyelenggaraan jalan negeri, perbandaran, pertanian, dan kampung dengan nilai keseluruhan RM455 juta.
- Usaha meningkatkan kualiti infrastruktur termasuk bekalan air, dengan peruntukan RM64.54 juta melalui PAIP untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan menyediakan Program Air Percuma Pahang 1st bagi golongan B40.