Apa yang Anda Dapat daripada Bajet 2026? STR, SARA, Bantuan Ibu Tunggal, Pelajar & Banyak Lagi – Semak Analisis Penuh di Sini!
BISNES

Belanjawan 2026: Penjawat awam terima Bantuan Khas Kewangan RM500

Madiha Abdullah 10/10/2025 | 11:30 MYT
Anwar memaklumkan, bayaran itu akan disalurkan pada awal Mac 2026 menjelang sambutan Aidilfitri. - Gambar JaPen
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan yang akan disalurkan sebelum Aidilfitri tahun hadapan sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam dan pesara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan sebanyak RM500 akan diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak.

“Bantuan Khas Kewangan turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak RM250,” katanya semasa pembentangan Belanjawan 2026 pada Jumaat.

Perdana Menteri memaklumkan, bayaran itu akan disalurkan pada awal Mac 2026 menjelang sambutan Aidilfitri.

Bantuan khas itu diumumkan susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 mulai Januari 2026 dan peningkatan gaji melibatkan peruntukan RM18 bilion.



#Aidilfitri #perkhidmatan awam #SSPA #Belanjawan 2026