BISNES
Belanjawan 2026: Perkenalkan inisiatif Rent-to-Own untuk belia miliki aset perniagaan - MGBM
Pembentangan Belanjawan 2026 oleh Anwar dijadualkan pada 10 Oktober akan datang. - Gambar fail/MoF
KUALA LUMPUR: Belanjawan 2026 perlu memperkenalkan inisiatif Sewa Milik (Rent-to-Own) yang membolehkan belia memiliki aset.
Ringkasan AI
Ketua Penerangan Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Mohd Firdaus Baharuddin berkata aset yang dimaksudkan termasuk premis perniagaan dan mesin bertaraf industri untuk menyokong perniagaan.
"Inisiatif Sewa Milik (Rent-to-Own) tetapi bukan untuk pemilikan rumah. Skopnya sepatutnya lebih besar iaitu melibatkan pemilikan aset selain daripada rumah. Kita mahu cadangkan rumah kedai atau apa-apa aset yang boleh bantu keusahawanan belia,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Anak Muda pada Jumaat.
Dalam pada itu, Setiausaha Teknokrat Muda, Syafiqah Khadiron membangkitkan kebimbangan mengenai keupayaan usahawan belia untuk memenuhi komitmen kewangan tersebut bagi tempoh jangka panjang di dalam keadaan kewangan yang tidak menentu.
"Sewa milik juga menyentuh aspek pengurusan kewangan. Kalau kita sedia fasiliti Sewa Milik tetapi individu tersebut tidak ada wang untuk buat bayaran ansuran, apa yang akan jadi dengan aset tersebut? Kita perlu untuk timbang semula sama ada Sewa Milik ini sesuai untuk belia,” ujarnya.
Pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan pada 10 Oktober akan datang.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Ringkasan AI
- Belanjawan 2026 disaran perkenal inisiatif Sewa Milik untuk aset keusahawanan belia seperti rumah kedai dan mesin industri, bukan sekadar rumah. Inisiatif ini bertujuan bantu belia miliki aset perniagaan secara berperingkat, sekali gus memperkukuh peluang keusahawanan. Namun, kebimbangan timbul terhadap kemampuan belia menanggung komitmen kewangan jangka panjang dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.