BISNES
Belanjawan 2026: Peruntukan RM7.9 bilion untuk TVET lahirkan tenaga mahir tempatan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid melawat reruai pameran pada Majlis Peluncuran Festival Idea Peringkat Negeri (FOI @ NEGERI) dan Festival Idea Negeri Perak (FOI@PERAK) TAHUN 2025 di UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar di sini hari ini. - Foto Bernama
IPOH: Kerajaan melalui Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara komited melahirkan sumber tenaga mahir tempatan yang mencukupi sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing.
Ringkasan AI
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau berterima kasih atas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang memperuntukkan sebanyak RM7.9 bilion bagi membolehkan Majlis TVET Negara melaksanakan program TVET di seluruh negara.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berazam memperkukuh modul pendidikan TVET berasaskan teknologi terkini seperti robotik, kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT), automotif serta bidang berkemahiran tinggi lain bagi memenuhi kehendak pasaran, khususnya pasaran pelaburan langsung asing (FDI).
"Semoga ekosistem pendidikan baharu (TVET) dapat melahirkan lebih ramai tenaga berkemahiran dan profesional untuk memenuhi keperluan pasaran berdasarkan pelaburan syarikat multinasional (MNC) di Malaysia yang memerlukan tenaga mahir.
"Kita tidak mahu tenaga mahir ini datang daripada pekerja asing, sebaliknya mesti 100 peratus rakyat Malaysia yang mendapat latihan TVET," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo TVET@KKDW 2025 anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Makanan negeri Datuk Mohd Zolkafly Harun mewakili Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, Timbalan Menteri KKDW Datuk Rubiah Wang serta Ketua Setiausaha KKDW Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar.
Timbalan Perdana Menteri turut menegaskan komitmen kerajaan terhadap pendidikan inklusif dengan membuka peluang kepada pelajar pondok dan tahfiz, khususnya yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran, untuk melanjutkan pengajian di enam Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN), sekali gus membuktikan tiada kelompok yang dipinggirkan daripada penyertaan kursus TVET.
Mengenai peruntukan Belanjawan TVET 2026 berjumlah keseluruhan RM7.9 bilion, Ahmad Zahid berkata RM45 juta diperuntukkan kepada Majlis TVET Negara, RM1.3 bilion kepada Institut TVET di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), RM3 bilion kepada HRD Corp, RM650 juta kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan RM34 juta kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), manakala baki peruntukan digunakan untuk menaik taraf kemudahan serta membina institut baharu.
Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid yang juga Menteri KKDW berkata kementerian itu merupakan pemacu utama agenda TVET negara dengan rangkaian 281 institusi TVET di Malaysia, dan kadar kebolehpasaran graduan TVET kini mencecah 95.1 peratus, manakala di kolej vokasional melonjak antara 97.6 hingga 98.7 peratus.
"Malah, transformasi minda masyarakat juga semakin jelas. Pada 2024, lebih 53.5 peratus pelajar lepasan sekolah memilih aliran TVET sebagai laluan pendidikan mereka. Ini lambang perubahan paradigma bahawa TVET bukan lagi dianggap pilihan kedua, tetapi pilihan utama masa depan," katanya.
Katanya sehingga kini, 442 pelatih teknousahawan telah dilahirkan melalui TVET MARA dengan jualan terkumpul mencecah RM119.88 juta, manakala GIATMARA berjaya melahirkan 50 usahawan berstatus jutawan dan disasarkan 50 lagi menjelang 2030
Mengenai pencapaian antarabangsa, Ahmad Zahid menzahirkan rasa bangga atas kejayaan Malaysia muncul juara WorldSkills ASEAN 2025 di Manila, Filipina dengan meraih 13 pingat emas, empat perak dan tiga gangsa, yang sebahagian besarnya disumbangkan oleh pelajar GIATMARA, Institut Kemahiran MARA, MARA Japan Industrial Institute dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
"Untuk WorldSkills Asia 2025 di Chinese Taipei, saya meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 15 pingat emas. Saya mahu Datuk Rubiah menjadi Ketua Kontinjen Malaysia," katanya.
Ahmad Zahid turut menyatakan visinya bahawa kemahiran merupakan 'mata wang baharu negara' di mana TVET bukan sekadar sijil tetapi nilai yang menentukan kedudukan Malaysia di pentas dunia.
Ekspo TVET@KKDW 2025 yang berlangsung dari 10 hingga 12 Okt ini di Ipoh Convention Centre (ICC) merupakan ekspo tahunan berskala nasional yang menjadi wadah utama kementerian dalam memperkukuh agenda pemerkasaan TVET negara selaras Dasar TVET Negara 2030.
Bertemakan "TVET Masa Depan: Berkemahiran, Berinovasi, Berteknologi Tinggi", edisi ketujuh penganjuran ekspo itu menghimpunkan lapan agensi utama di bawah KKDW termasuk Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Penganjuran ekspo berkenaan bukan sekadar platform pameran dan promosi, tetapi juga wahana pemerkasaan TVET nasional dengan pelbagai aktiviti interaktif yang menonjolkan kemahiran, inovasi dan keusahawanan pelatih serta tenaga pengajar TVET.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Ringkasan AI
- Kerajaan komited melahirkan tenaga mahir tempatan melalui Majlis TVET Negara, dengan peruntukan RM7.9 bilion dalam Belanjawan 2026 untuk memperkukuh program TVET di seluruh negara.
- Modul TVET akan diperkasa dengan teknologi terkini seperti AI, robotik dan automotif, serta dibuka kepada pelajar pondok dan tahfiz, membuktikan pendidikan inklusif tanpa meminggirkan mana-mana kelompok.
- Malaysia muncul juara WorldSkills ASEAN 2025 dengan 13 emas, dan sasaran 15 emas diletakkan untuk WorldSkills Asia 2025, selaras visi menjadikan kemahiran sebagai mata wang baharu negara.