awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
‘Jumpa nanti’ - Adam Adli setuju berdialog dengan Liga Mahasiswa Malaysia
Bapa hempas bayi hingga mati dipenjara 16 tahun
Nahas bas mini di Afrika Selatan ragut nyawa 12 murid sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026: RM120 juta peruntukan pendidikan percuma bagi pelajar miskin

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
10/10/2025
11:15 MYT
Belanjawan 2026: RM120 juta peruntukan pendidikan percuma bagi pelajar miskin
Anwar berkata, seramai 5,800 pelajar daripada keluarga miskin yang mengikuti pengajian di IPTA akan menikmati pendidikan percuma PTPTN dengan peruntukan keseluruhan RM120 juta setahun. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkukuh agenda mobiliti sosial melalui pendidikan tinggi menerusi inisiatif baharu di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mulai tahun hadapan, seramai 5,800 pelajar daripada keluarga miskin yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan menikmati pendidikan percuma PTPTN dengan peruntukan keseluruhan RM120 juta setahun.
“Selain itu, kerajaan turut bersetuju mengecualikan bayaran balik PTPTN kepada semua graduan yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah dan menengah.
“Langkah ini dijangka memanfaatkan sekitar 6,000 peminjam dengan implikasi kewangan sebanyak RM90 juta setahun,” katanya semasa pembentangan Belanjawan 2026 pada Jumaat.
Pada masa sama tegas Anwar, kerajaan akan mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang berkemampuan dan bekerja di luar negara tetapi gagal membuat bayaran balik pinjaman.
Dalam pada itu jelasnya, bagi memperluas akses kepada pendidikan berkualiti, kerajaan juga bersetuju menambah 1,500 tempat baharu bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam 10 bidang utama di lima universiti penyelidikan negara.
"Bidang tersebut merangkumi undang-undang, perakaunan, ekonomi, perbankan, kewangan Islam, kecerdasan buatan (AI) serta bahasa, dengan keutamaan kepada pelajar cemerlang termasuk lulusan STPM.
"Langkah ini diyakini dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir dan pemimpin masa depan yang mampu menggerakkan ekonomi berasaskan ilmu dan inovasi," katanya.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#PTPTN
#Institusi Pengajian Tinggi
#Belanjawan 2026
#kecerdasan buatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan