Apa yang Anda Dapat daripada Bajet 2026? STR, SARA, Bantuan Ibu Tunggal, Pelajar & Banyak Lagi – Semak Analisis Penuh di Sini!
BISNES

Belanjawan 2026: RM2 bilion perkukuh infrastruktur digital Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Seth Akmal 10/10/2025 | 13:55 MYT
Menurut Fahmi, peruntukan RM2 bilion yang kepada MCMC ini bagi menambah baik kesalinghubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak terjamin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Peruntukan RM2 bilion untuk projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI akan meningkatkan hubungan komunikasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, projek tersebut bakal menggantikan sistem lama iaitu Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) yang dibina pada 2013.

“Peruntukan RM2 bilion yang kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini bagi menambah baik kesalinghubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak terjamin,” katanya semasa ditemui pemberita di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Projek kabel sepanjang 3,190 kilometer ini akan melibatkan laluan dasar laut dari Sedili di Johor ke Kuching dan Sibu di Sarawak; seterusnya ke Tuaran, Kudat, Pulau Banggi, Sandakan dan Tawau di Sabah.

Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan inisiatif yang akan memberi tumpuan kepada pembangunan kecerdasan buatan (AI), penyelidikan serta pembudayaan sains dan teknologi dalam kalangan belia.

Dalam pembentangan itu, PM Anwar turut mengumumkan penubuhan sebuah Sovereign AI Cloud akan dibina oleh SKMM dengan pelaburan RM2 bilion.

Menurut Fahmi, segala pengumuman yang dibentangkan oleh Perdana Menteri ini menunjukkan langkah penjimatan kerajaan berjaya dimanfaatkan untuk pembangunan masyarakat.

“Itu mesej utama daripada Belanjawan 2026 ini,” tambahnya.







#MCMC #kecerdasan buatan #Sabah dan Sarawak #Belanjawan 2026