Apa yang Anda Dapat daripada Bajet 2026? STR, SARA, Bantuan Ibu Tunggal, Pelajar & Banyak Lagi – Semak Analisis Penuh di Sini!
BISNES

Belanjawan 2026: RM550 juta untuk ekosistem semikonduktor

Asyraf Malik 10/10/2025 | 09:15 MYT
Khazanah dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melabur RM 550 juta dalam ekosistem semikonduktor. -Gambar hiasan/ FREEPICK
KUALA LUMPUR: Sejumlah RM180 juta disediakan menerusi Dana Pembangunan Industri bagi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) untuk membiayai program pembangunan industri sektor berimpak tinggi.


Ringkasan AI
  • Kerajaan memperuntukkan RM180 juta melalui Dana Pembangunan Industri bagi menyokong program pembangunan sektor berimpak tinggi di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP), termasuk ekosistem semikonduktor.
  • Khazanah dan KWAP melabur RM550 juta dalam sektor semikonduktor, manakala program SemiconStart dilancarkan untuk membantu syarikat pemula mendapatkan bimbingan, pembiayaan dan akses prototaip pada harga diskaun.
  • Di bawah Strategi Semikonduktor Nasional (NSS), BPMB menyediakan pinjaman RM500 juta untuk aktiviti nilai tambah tinggi, dan PTPK memperuntukkan RM650 juta bagi melatih lebih 25,000 pelatih dalam bidang seperti AI, EV dan semikonduktor.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Khazanah dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melabur RM 550 juta dalam ekosistem semikonduktor.

"Semikonduktor pemula sering berdepan halangan kemasukan susulan kos prototaip yang mahal, Malaysia akan meluncurkan SemiconStart iaitu program incubator oleh Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dengan kerjasama inkubator global.

"Ini dapat membantu syarikat mula niaga peringkat awal mendapatkan bimbingan, akses pembiayaan global, penyediaan prototaip pada harga diskaun dan rangkaian pelanggan," jelas Anwar.

Beliau berkata demikian ketika berucap membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen pada Jumaat.

Selain itu, di bawah Strategi Semikonduktor Nasional (NSS), Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) menyediakan pinjaman 500 juta ringgit.

"Ini bagi menyokong aktiviti nilai tambah tinggi seperti penyelidikan dan pembangunan (R&D), terutamanya oleh syarikat tempatan yang menyokong ekosistem sektor elektrik dan elektronik (E&E)," jelas Anwar.

Seterusnya Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) menyediakan pembiayaan RM650 juta untuk manfaat lebih 25 ribu pelatih terutamanya bidang NIMP seperti kecerdasan buatan (AI), kenderaan elektrik (EV) dan semikonduktor.



#Parlimen #Perdana Menteri #Anwar Ibrahim #Belanjawan 2026