BISNES
Belanjawan 2026: RM66.2 bilion untuk pendidikan, reformasi dan prasarana sekolah
Anwar menjelaskan, RMK13 telah meletakkan asas reformasi pendidikan bagi memastikan sistem pengilmuan lebih menyeluruh dan tangkas menanggapi tuntutan masa depan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI terus meletakkan pendidikan sebagai tonggak utama pembinaan masa depan negara dengan memperkukuh sistem pengilmuan dan prasarana sekolah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Pendidikan akan menerima peruntukan sebanyak RM66.2 bilion tahun hadapan, meningkat daripada RM64.2 bilion tahun ini.
“Dalam dunia serba rumit, ditandai persaingan sengit ekonomi, ledakan kecerdasan buatan dan perubahan iklim yang mendesak, pendidikan tidak boleh lagi terbatas pada membaca dan menulis.
"Kita mahu kemenjadian anak bangsa yang berfikir, beradab, berdaya saing dan berani mencipta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 pada Jumaat.
Beliau menjelaskan, Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) telah meletakkan asas reformasi pendidikan bagi memastikan sistem pengilmuan lebih menyeluruh dan tangkas menanggapi tuntutan masa depan.
"Antara langkah penting ialah pelaksanaan pendidikan menengah wajib susulan kelulusan Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2025 di Parlimen.
"Bagi memastikan mutu prasarana pendidikan kekal menjadi keutamaan, hampir RM2 bilion diperuntukkan untuk menaik taraf lebih 520 sekolah daif, khususnya di Sabah dan Sarawak," jelasnya.
Kata Anwar, kerajaan juga akan meneruskan kerja membaik pulih kemudahan murid dan bilik guru selepas kejayaan membaik pulih tandas, kantin serta musolla dalam masa singkat.
Tambahnya, sebanyak 38 sekolah baharu akan dibina di seluruh negara bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.
"Ia melibatkan sekolah rendah dan menengah di Johor, Selangor, Sabah, Sarawak, Kelantan, Pahang, Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya," ujarnya.
Turut diumumkan, pembinaan semula dua sekolah vernakular iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Jeram di Pahang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Aik Hua di Perak.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini