awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPT rugi RM50,400 ditipu sindiket 'phone scam'
PM Anwar tiba di Pahang, mulakan lawatan kerja dan program ramah mesra di Bentong
Polis terima tiga laporan taska disyaki langgar SOP, dera kanak-kanak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026: Tekad memenuhi keutamaan rakyat, ini sorotan utama ucapan PM

Astro Awani
Astro Awani
10/10/2025
11:57 MYT
Belanjawan 2026: Tekad memenuhi keutamaan rakyat, ini sorotan utama ucapan PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen hari ini.
KUALA LUMPUR: Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan sembilan Tekad Utama berteraskan tiga tonggak Ekonomi MADANI.
Salah satu tekad paling signifikan ialah Tekad Dua: Memenuhi Keutamaan Rakyat, yang menzahirkan komitmen kerajaan untuk memastikan setiap perbelanjaan memberi manfaat langsung kepada kesejahteraan rakyat, khususnya golongan rentan dan kawasan pedalaman.
Ini adalah antara inti pati ucapan Anwar bagi Tekad Dua:
• Penjimatan Subsidi: Keseluruhan penjimatan daripada penyasaran subsidi (ayam, telur, elektrik, diesel, RON95) dianggarkan sekitar RM15.5 bilion ringgit setahun.
• Subsidi Diesel: Penyasaran diesel membolehkan pemberian RM200 sebulan kepada pemilik individu, petani dan pekebun kecil yang layak.
• Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat: Disediakan RM1 bilion. Sasaran Kampung Angkat MADANI ditingkatkan kepada 500 kampung dan Sekolah Angkat MADANI kepada 1,500 sekolah.
• Perkhidmatan Bergerak: Lebih RM110 juta untuk Perkhidmatan Bergerak MADANI, termasuk penambahan 4 bank bergerak BSN (menjadikan 20 unit) di pedalaman.
• Komitmen MA63 (Sabah & Sarawak):
  • Peruntukan pembangunan Sabah meningkat kepada RM6.9 bilion (dari RM4.4 bilion pada 2022); Sarawak meningkat kepada RM6 bilion (dari RM2.9 bilion pada 2022).
  • Kadar Pemberian Khas Sabah dan Sarawak ditingkatkan kepada RM600 juta.
  • RM1.67 bilion disediakan untuk Pan Borneo Sabah pada 2026.
  • Projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) sepanjang 3,190 km dibangunkan oleh SKMM dengan kos RM2 bilion.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2026
#tekad dua
#penjimatan subsidi
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan