Apa yang Anda Dapat daripada Bajet 2026? STR, SARA, Bantuan Ibu Tunggal, Pelajar & Banyak Lagi – Semak Analisis Penuh di Sini!
BISNES

Belanjawan 2026: Tekad memenuhi keutamaan rakyat, ini sorotan utama ucapan PM

Astro Awani 10/10/2025 | 11:57 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen hari ini.
KUALA LUMPUR: Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan sembilan Tekad Utama berteraskan tiga tonggak Ekonomi MADANI.

Salah satu tekad paling signifikan ialah Tekad Dua: Memenuhi Keutamaan Rakyat, yang menzahirkan komitmen kerajaan untuk memastikan setiap perbelanjaan memberi manfaat langsung kepada kesejahteraan rakyat, khususnya golongan rentan dan kawasan pedalaman.

Ini adalah antara inti pati ucapan Anwar bagi Tekad Dua:

• Penjimatan Subsidi: Keseluruhan penjimatan daripada penyasaran subsidi (ayam, telur, elektrik, diesel, RON95) dianggarkan sekitar RM15.5 bilion ringgit setahun.

• Subsidi Diesel: Penyasaran diesel membolehkan pemberian RM200 sebulan kepada pemilik individu, petani dan pekebun kecil yang layak.

• Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat: Disediakan RM1 bilion. Sasaran Kampung Angkat MADANI ditingkatkan kepada 500 kampung dan Sekolah Angkat MADANI kepada 1,500 sekolah.

• Perkhidmatan Bergerak: Lebih RM110 juta untuk Perkhidmatan Bergerak MADANI, termasuk penambahan 4 bank bergerak BSN (menjadikan 20 unit) di pedalaman.

• Komitmen MA63 (Sabah & Sarawak):


#Belanjawan 2026 #tekad dua #penjimatan subsidi #Anwar Ibrahim