BISNES
Belanjawan 2026: Tiada cukai baharu, perkukuh tadbir urus strategi penting elak ketirisan - Penganalisis
Pada 10 Okt lepas, Perdana Menteri mengumumkan Belanjawan 2026 bertemakan Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat yang mengumpulkan sumber berjumlah RM470 bilion. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Langkah kerajaan tidak memperkenalkan cukai baharu dalam Belanjawan 2026 sambil menilai rasionalisasi subsidi dan memperkukuh tadbir urus dilihat sebagai strategi penting bagi mengelakkan ketirisan serta meningkatkan hasil negara.
Ringkasan AI
Ketua Jabatan Ekonomi Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Madya Dr Zainizam Zakariya berkata rasionalisasi subsidi dan peningkatan kecekapan pentadbiran kewangan dijangka menjimatkan hampir RM16 bilion, sekali gus menampung sebahagian defisit tanpa menambah beban cukai kepada rakyat.
Beliau turut memuji komitmen kerajaan yang memperuntukkan RM66.2 bilion kepada Kementerian Pendidikan dan RM18.6 bilion kepada Kementerian Pendidikan Tinggi, yang membuktikan pelaburan besar dalam pembangunan modal insan selaras dengan aspirasi negara membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Menurut beliau, Belanjawan 2026 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu realistik dan mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus kukuh sambil menjaga kebajikan rakyat serta memperkukuh tadbir urus fiskal negara.
"Kalau kita lihat secara keseluruhan, Belanjawan 2026 ini realistik dan menepati situasi semasa. Hasil kerajaan masih bergantung kepada sumber konvensional seperti cukai pendapatan dan cukai tidak langsung, namun ia disusun dengan pendekatan yang berhemat tanpa memperkenalkan cukai baharu," katanya kepada Bernama.
Menurut Zainizam, belanjawan itu yang mengunjurkan kutipan hasil Kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM343.1 bilion, mencukupi untuk menampung perbelanjaan operasi negara dengan angka itu menunjukkan keupayaan kerajaan mengurus kewangan secara berhemat, walaupun masih perlu melakukan pinjaman terkawal untuk projek pembangunan.
Beliau berkata sasaran pengurangan defisit fiskal kepada 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencerminkan komitmen kerajaan terhadap dasar fiskal yang berhemah serta tumpuan kepada pinjaman dalam negara, satu langkah yang dapat mengurangkan risiko kejatuhan nilai ringgit susulan perubahan kadar faedah global.
"Kebanyakan pinjaman kerajaan kini bersumber dari dalam negeri. Ini satu langkah positif kerana ia melindungi ekonomi negara daripada kesan turun naik kadar pertukaran asing," katanya.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Penyelidikan) Universiti Sultan Azlan Shah Prof Datuk Dr Ahamed Kameel Mydin Meera berkata belanjawan kali ini memberi penekanan jelas terhadap pertumbuhan ekonomi serta menaikkan taraf kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata apabila negara mencapai pertumbuhan, ia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan angka pertumbuhan semata-mata, tetapi yang lebih utama adalah cara hasil itu diagihkan secara adil dan saksama kepada rakyat supaya masyarakat dapat menikmati manfaatnya.
"Aspek ini sering terlepas pandang oleh banyak negara, mereka hanya menumpukan kepada kadar pertumbuhan ekonomi tinggi contohnya, pertumbuhan lima atau enam peratus tanpa menjelaskan bagaimana hasil pertumbuhan itu diagihkan kepada rakyat," katanya.
Ahamed Kameel yang merupakan profesor bidang ekonomi dan kewangan berkata Belanjawan 2026 berada di landasan tepat apabila memberi keutamaan kepada sektor pendidikan dan kesihatan dengan memperuntukkan RM66.2 bilion bagi Kementerian Pendidikan dan RM46.5 bilion untuk Kementerian Kesihatan.
"Untuk kesihatan mungkin kerajaan boleh perkenalkan insentif seperti dilakukan Singapura apabila warga tua diberikan kredit berdasarkan aktiviti berjalan kaki ditukar untuk membeli barang keperluan. Ini bukan sahaja meningkatkan kesihatan rakyat, tetapi dapat mengurangkan kos perbelanjaan kesihatan negara," katanya.
Bagi menjana hasil pendapatan negara, beliau mencadangkan kerajaan menasionalisasikan beberapa bank utama negara supaya dapat mengawal ekonomi dalam skala lebih luas serta berkesan.
"Negara yang menasionalisasikan bank mereka selalunya lebih bersedia menyerap kejutan ekonomi seperti ditunjukkan China. Ini kerana apabila kerajaan memerlukan sokongan kewangan, bank milik kerajaan boleh memainkan peranan secara langsung dalam mewujudkan dan menyalurkan dana ke dalam ekonomi. Oleh itu, langkah menasionalisasikan bank wajar dipertimbangkan.
"Kedua ialah sistem pembayaran. Hari ini terdapat pelbagai jenis sistem pembayaran dan setiap hari berbilion-bilion ringgit transaksi berlaku. Namun begitu, banyak daripada sistem ini mengenakan komisen, dan keuntungan daripada komisen tersebut dinikmati syarikat-syarikat swasta yang mengendalikannya," kata Ahamed Kameel.
Pada 10 Okt lepas, Perdana Menteri mengumumkan Belanjawan 2026 bertemakan Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat yang mengumpulkan sumber berjumlah RM470 bilion dengan mengutamakan daya tahan ekonomi dan sokongan kepada perniagaan kecil di tengah-tengah ketidaktentuan global berterusan.
-- BERNAMA
Kalkulator Belanjawan 2026 - Ketahui Apa Manfaat Anda di sini!
Ringkasan AI
- Kerajaan tidak perkenalkan cukai baharu dalam Belanjawan 2026, sebaliknya fokus kepada rasionalisasi subsidi dan tadbir urus fiskal untuk elak ketirisan serta kurangkan defisit.
- Peruntukan besar kepada pendidikan dan kesihatan (RM66.2 bilion untuk Kementerian Pendidikan, RM46.5 bilion untuk Kesihatan) menunjukkan komitmen terhadap pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat.
- Belanjawan 2026 disifatkan realistik dan berhemat, dengan sasaran defisit 3.5% KDNK, kutipan hasil RM343.1 bilion, serta cadangan pakar untuk nasionalisasi bank dan insentif kesihatan bagi menjana pendapatan serta mengurangkan kos.