BISNES
Belanjawan Johor: RM165 juta, 58 inisiatif jadi asas pengukuhan pertanian dan desa

RM165 juta dengan 58 inisiatif pada Belanjawan Johor 2025 menjadi asas kukuh kepada cadangan baharu yang dibentangkan untuk Belanjawan Johor 2026. - Foto FB Zahari Sarip
JOHOR BAHRU: Portfolio Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor menekankan bahawa peruntukan RM165 juta dengan 58 inisiatif pada Belanjawan Johor 2025 menjadi asas kukuh kepada cadangan baharu yang dibentangkan untuk Belanjawan Johor 2026.
Ringkasan AI
- Portfolio Pertanian Johor menyalurkan RM165 juta melalui 58 inisiatif dalam Belanjawan Johor 2025, melibatkan RM68 juta untuk sektor pertanian dan RM97 juta untuk pembangunan luar bandar.
- Semua inisiatif dijangka siap hujung tahun ini, memberi manfaat kepada 42,000 komuniti pertanian dan 75,000 masyarakat luar bandar, sekali gus membuktikan keberkesanan pelaburan kerajaan negeri.
- Cadangan Belanjawan Johor 2026 memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti pertanian, teknologi moden, sokongan usahawan tani dan pengukuhan komuniti desa termasuk Felda, Felcra, RISDA dan Orang Asli.
“Pencapaian 58 inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat kepada lebih 42,000 komuniti pertanian dan 75,000 masyarakat luar bandar, malah menjadi bukti keberkesanan pelaburan kerajaan negeri dalam memacu pertumbuhan ekonomi Johor,” katanya ketika membentangkan cadangan portfolio dalam sesi Budget Challenge Belanjawan Johor 2026 bersama Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Sabtu.
Bagi Belanjawan 2026, Zahari menjelaskan bahawa portfolio berkenaan mengemukakan cadangan baharu dengan memberi penekanan kepada peningkatan produktiviti sektor pertanian, penggunaan teknologi moden, sokongan kepada usahawan tani serta pengukuhan komuniti desa termasuk Felda, Felcra, RISDA dan masyarakat Orang Asli.
“Dengan asas yang telah dibina melalui peruntukan RM165 juta tahun lalu, kita yakin cadangan baharu ini akan mampu melonjakkan lagi sektor pertanian dan luar bandar Johor ke tahap yang lebih mampan dan berdaya saing,” jelasnya.
Beliau turut merakam penghargaan kepada semua jabatan yang terlibat dalam penyediaan kertas cadangan, serta mengajak rakyat untuk terus menyalurkan idea dan pandangan bagi memastikan setiap inisiatif yang dirangka memberi manfaat besar kepada golongan sasar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami