[TERKINI] Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN. Pimpinan Johor, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan ikut langkah sama. Ikuti perkembangan di sini
BISNES

Belian saat akhir lonjak petunjuk pasaran Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi

Bernama 30/12/2025 | 13:06 MYT
Prestasi berkenaan dipacu oleh aktiviti belian saat akhir susulan tanda-tanda aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun. - Bernama
KUALA LUMPUR: Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dengan lebih kukuh hari ini, pulih selepas penurunan pada awal dagangan untuk ditutup 0.21 peratus lebih tinggi, paras tertinggi baharu untuk tahun ini.

Prestasi berkenaan dipacu oleh aktiviti belian saat akhir susulan tanda-tanda aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.

Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.54 mata kepada 1,684.53 daripada 1,680.99 ketika ditutup pada Isnin.

FBM KLCI yang dibuka susut 3.33 mata kepada 1,677.66, merosot ke paras terendah harian iaitu 1,673.87 pada sesi pagi, namun kembali memperoleh momentum pada saat akhir dagangan untuk ditutup pada paras tertinggi hari ini.

Bagaimanapun, keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 536 berbanding 463 manakala 544 kaunter tidak berubah, 1,180 kaunter tidak diniagakan dan 78 kaunter lagi digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 1.88 bilion unit bernilai RM1.90 bilion daripada 2.03 bilion unit bernilai RM1.79 bilion yang dicatatkan pada Isnin.

Ketua Penyelidikan Berjaya Research Sdn Bhd Kenneth Leong berkata pada hari dagangan terakhir tahun ini, FBM KLCI dijangka kekal mendatar dan diniagakan dalam julat yang kecil berikutan penyertaan pasaran yang terus berkurangan.

"Dengan ramai pelabur kekal di luar pasaran serta pemangkin baharu yang terhad, pergerakan dalam jangka terdekat dijangka dipacu oleh faktor teknikal di tengah-tengah ketiadaan keyakinan aktiviti pembelian yang kukuh.

"Sentimen keseluruhan dijangka menjadi hambar dengan indeks utama berkemungkinan diniagakan dalam julat yang kecil," katanya kepada Bernama.

Beliau menambah paras 1,690 mata akan terus berfungsi sebagai paras rintangan segera diikuti paras psikologi 1,700 mata.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat enam sen kepada RM10.50, CIMB tidak berubah pada RM8.23, Public Bank naik tiga sen kepada RM4.54, Tenaga Nasional susut 10 sen kepada RM13.78 manakala IHH Healthcare menambah empat sen kepada RM8.60.

Dalam kalangan saham paling aktif, Tanco naik satu sen kepada RM1.15, Pharmaniaga kurang satu sen kepada 29 sen, Mega Fortis melonjak lapan sen kepada 88 sen, TWL merosot setengah sen kepada dua sen dan MQ Tech kekal pada 8.5 sen.

Dalam kalangan saham paling untung, MPI berkembang 38 sen kepada RM32.88, Hong Leong Industries menokok 30 sen kepada RM16.70, Far East bertambah 25 sen kepada RM4.30, United Plantations meningkat 20 sen kepada RM30.24 dan Panasonic melonjak 15 sen kepada RM7.15.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 23.65 mata kepada 12,328.54, Indeks FBM Top 100 naik 27.06 mata kepada 12,136.39 manakala Indeks FBM Emas Syariah bertambah 5.65 mata kepada 12,119.57.

Indeks FBM ACE merosot 13.48 mata kepada 4,861.30 manakala Indeks FBM Mid 70 melonjak 44.51 mata kepada 16,830.45.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 89.80 mata kepada 19,766.79, Indeks Perladangan naik 20.07 mata kepada 8,342.19, Indeks Tenaga bertambah 3.81 mata kepada 768.73 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.09 mata kepada 173.83.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.18 bilion unit bernilai RM1.76 bilion daripada 1.13 bilion unit bernilai RM1.58 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan Waran susut kepada 423.74 juta unit bernilai RM47.03 juta daripada 607.80 juta unit bernilai RM69.59 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurang kepada 272.99 juta unit bernilai RM87.94 juta daripada 285.10 juta unit bernilai RM134.76 juta semalam.

Kaunter produk pengguna dan perkhidmatan mencatatkan 184.26 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (197.21 juta), pembinaan (69.50 juta), teknologi (147.61 juta), perkhidmatan kewangan (60.76 juta), hartanah (157.94 juta), perladangan (20.28 juta), amanah pelaburan hartanah (REIT) (11.87 juta), dana tertutup (400), tenaga (108.74 juta), penjagaan kesihatan (103.77 juta), telekomunikasi dan media (30.77 juta), pengangkutan dan logistik (49.15 juta), utiliti (38.91 juta) serta amanah perniagaan (162,700).

-- BERNAMA

#Bursa Malaysia #Indeks petunjuk pasaran #prestasi dagangan #FTSE Bursa Malaysia KLCI