awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berkembang 5.6 peratus, pertumbuhan sihat ketika pemulihan sektor ekonomi Malaysia

Fareez Azman
Fareez Azman
12/05/2023
08:20 MYT
Berkembang 5.6 peratus, pertumbuhan sihat ketika pemulihan sektor ekonomi Malaysia
Mohd Afzanizam berkata, peningkatan pertumbuhan ekonomi negara pada kadar trajektori positif dapat memberi kesan limpahan kepada sektor-sektor ekonomi di negara ini.
KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia yang berkembang pada kadar 5.6 peratus pada suku pertama 2023 disifatkan sebagai pertumbuhan yang sihat di tengah-tengah pemulihan sektor ekonomi negara.
Menurut Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, peningkatan pertumbuhan ekonomi negara pada kadar trajektori positif dapat memberi kesan limpahan kepada sektor-sektor ekonomi di negara ini.
"Pertumbuhan ekonomi kali ini amat bersesuaian dengan apa yang sedang berlaku dari segi pemulihan terutama dalam sektor berkaitan pelancongan, penerbangan dan sebagainya dan ianya bertepatan dimana kedudukan ekonomi itu terus berlangsung dan memberi kesan positif kepada momentum pertumbuhan ekonomi negara.
"Ia memberi kesan limpahan kepada sektor lain, bila perkara ini berlaku dengan momentum pasaran pekerjaan juga menunjukkan trend meningkat dari segi pewujudan peluang pekerjaan dan kadar pengangguran sebagainya," jelasnya.
Tambahnya, pertumbuhan ekonomi itu memberi ruang kepada Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) baru-baru ini.
"Ia memungkinkan perbelanjaan swasta itu menjadi positif, disebabkan itu maka saya kira dengan pertumbuhan yang sihat berpihak kepada Bank Negara untuk menaikkan kadar OPR baru baru ini.
"Secara umumnya saya melihat kadar pertumbuhan ekonomi negara pada kadar trajektori yang positif," katanya lagi.
Terdahulu, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, Ekonomi Malaysia suku pertama 2023 berkembang sederhana pada kadar 5.6 peratus didorong terutamanya oleh permintaan dalam negeri.
Jelas Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, pasaran pekerja yang bertambah baik serta peningkatan guna tenaga yang mantap dan upah yang terus meningkat telah menyokong penggunaan swasta.
Ujarnya, risiko terhadap prospek pertumbuhan Malaysia secara relatif adalah seimbang.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Malaysia
#BNM
#Mohd Afzanizam Abdul Rashid
#KDNK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan