BUSINESS
Bermula sebagai penyanyi nasyid, kini Azrin bina nama sebagai usahawan pizza
Daripada seorang penyanyi nasyid, Mohd Khairil Azrin Rafli atau lebih mesra disapa Azrin kini menempa nama sebagai pengusaha pizza komuniti, membina empayar jenamanya sendiri, Azack Pizza.
CYBERJAYA: Daripada seorang penyanyi nasyid, Mohd Khairil Azrin Rafli atau lebih mesra disapa Azrin kini menempa nama sebagai pengusaha pizza komuniti, membina empayar jenamanya sendiri, Azack Pizza bersama isteri tercinta, Siti Rokhiyah Robidi.
Namun, kejayaan ini bukan hadir sekelip mata.
Permulaan kisah Azrin, 49, sebagai usahawan bermula sewaktu pandemik COVID-19 melanda dunia pada tahun 2020.
Ketika itu, beberapa perniagaan yang diusahakannya sebelum ini tidak menjadi, dan beliau hilang punca pendapatan.
“Waktu itu memang sangat mencabar. Saya dan isteri duduk termenung, fikir siang malam apa yang boleh kami buat untuk cari rezeki,” kata bekas penyanyi nasyid kumpulan Firdaus ini mengenang detik sukar yang dilalui.
Ilham akhirnya datang dalam bentuk yang tidak disangka - tiga kilogram tepung yang masih ada di dapur mengubah nasib pasangan suami isteri ini.
Dengan hanya bermodalkan apa yang ada, pasangan ini memulakan perniagaan pizza kecil-kecilan dari rumah.
Dari situlah Azack Pizza dilahirkan.
Empat tahun kemudian, jenama itu bukan sahaja terus kukuh, malah berkembang menjadi satu inisiatif keusahawanan sosial yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Kini, Azrin dan isterinya, Siti Rokhiyah, 47, beroperasi dari dapur pusat di Cyberjaya, dibantu oleh enam kakitangan yang menghasilkan adunan pizza setiap hari untuk dihantar kepada usahawan serta kiosk-kiosk di bawah jenama mereka.
Dengan misi untuk berkongsi rezeki dan membuka jalan kepada orang ramai untuk sama-sama membina masa depan, Azrin menubuhkan program Pizzapreneur Azack Gangstar.
Menerusi program ini, beliau menawarkan peluang kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan dari rumah dengan modal permulaan sebanyak RM5,000.
Peserta akan menerima satu set lengkap termasuk peti sejuk, ketuhar, pemotong dan skop pizza, serta 30 adunan pizza segera bersaiz besar (L).
Mereka turut dibimbing dari segi pengurusan, teknik jualan dan sokongan operasi - semuanya demi memastikan kejayaan jangka panjang.
“Ramai orang nak berniaga tapi tak tahu nak mula dari mana. Saya faham sebab saya sendiri pernah berada di situasi itu. Jadi saya nak bantu mereka bina semula hidup, macam mana saya dan isteri pernah buat dulu,” kata Azrin.
Jika ada yang berminat, anda boleh terus menghubungi pengurusan Azack Pizza dengan mengirim WhatsApp ke nombor 0129708971.
Setakat ini, lebih 20 usahawan dari pelbagai negeri di Malaysia telah menyertai inisiatif ini dan menikmati hasilnya.
Yang menjadikan Azack Pizza unik adalah resepinya yang dicipta oleh Siti Rokhiyah, menggunakan bahan-bahan premium yang menjadikan rasanya setanding dengan jenama antarabangsa.
“Untuk muncul sebagai jenama yang hebat, kami sedar kami perlu bekerja keras untuk menempatkan diri setanding dengan jenama-jenama lain.
“Bertitik tolak dari situ, saya dan isteri melakukan kajian dan penyelidikan (R&D) apa nilai yang perlu ada untuk menjadi hebat seperti orang lain – jawapannya jangan sesekali mengabaikan faktor kualiti pada produk yang mahu kita jual.
“Kerana itu, kami memilih menghasilkan produk yang kami yakin menepati selera rakyat Malaysia dan berbaloi dengan harganya,” ujar bapa kepada empat orang cahaya mata itu lagi.
Kini, Azrin sedang giat merancang untuk meluaskan lagi empayar Azack Pizza dan menyeru lebih ramai
menyertai gerakan ini sebagai Pizzapreneur.
“Kalau ada semangat dan keinginan untuk belajar, Insya-Allah kita boleh ubah nasib. Saya dah lalui semua itu, dan saya percaya ramai lagi boleh berjaya jika diberi peluang yang betul,” ujarnya.
Daripada penyanyi kepada usahawan komuniti, kisah Azrin membuktikan bahawa setiap cabaran boleh menjadi titik permulaan kepada kejayaan - asalkan tidak mudah mengalah, dan sentiasa percaya pada rezeki yang datang dalam pelbagai bentuk.
Dalam kesibukan memberi tumpuan pada perniagaan pizza, Azrin, bagaimanapun, tidak pernah sama sekali melupakan asal-usulnya sebagai anak seni.
Lantaran minat mendalam terhadap seni muzik menyebabkan Ketua Pegawai Eksekutif Azack Pizza ini turut meluaskan tumpuan dengan mengasaskan syarikat produksi dan rakaman.
Kata Azrin, keinginan untuk menjadi penyanyi dalam dirinya mungkin tidak seghairah dulu, namun, membuka peluang kepada generasi muda lain untuk membina nama sebagai anak seni sentiasa terbuka.
“Susah untuk melupakan bidang muzik yang sudah sebati dengan jiwa saya. Kalau ada yang mahu menjadi penyanyi, saya bersedia membantu mereka,” ujar bekas anggota kumpulan nasyid,, Firdaus yang pernah bernaung di bawah label Suria Records itu lagi.