PUTRAJAYA: Bilangan penganggur terus menurun kepada 580,700 orang pada 2023 adalah paling rendah sejak pandemik, dengan kadar pengangguran 3.4 peratus, menurut Sorotan Pasaran Buruh Suku Keempat 2023 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) semalam.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata ia mencerminkan perkembangan ekonomi yang bertambah baik sepanjang suku keempat tahun itu dengan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) meningkat 0.6 mata peratus tahun ke tahun, mengekalkan kadar tertinggi iaitu 70.1 peratus berbanding suku sebelumnya.
"Bilangan tenaga buruh bertambah 2.2 peratus untuk merekodkan 16.91 juta orang pada suku keempat 2023, terutamanya didorong oleh kenaikan 2.5 peratus dalam penduduk bekerja, yang merangkumi 16.35 juta orang," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata pasaran buruh Malaysia terus bertambah baik pada suku keempat itu walaupun dalam persekitaran yang mencabar kerana permintaan dalam negeri yang lebih tinggi telah mewujudkan persekitaran yang menggalakkan kepada industri.
"Ini menyebabkan peningkatan dalam pengeluaran yang disebabkan oleh pengembangan ekonomi hampir kesemua sektor. Hal ini menyumbang kepada permintaan buruh yang lebih kukuh meskipun dengan persekitaran luaran yang mencabar.
"Oleh itu, ekonomi Malaysia berkembang tiga peratus pada suku keempat 2023, lebih rendah daripada pertumbuhan 3.3 peratus pada suku sebelumnya," katanya.
Mengulas situasi guna tenaga tidak penuh, Mohd Uzir berkata bilangan penduduk bekerja kurang daripada 30 jam seminggu mencatatkan pertambahan 6.6 peratus berbanding suku sama pada tahun 2022, dengan sejumlah 286,100 orang.
Pada masa yang sama, katanya guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran yang merujuk kepada mereka berpendidikan tertiari tetapi bekerja dalam kategori pekerjaan separuh mahir dan berkemahiran rendah meningkat sebanyak 2.4 peratus tahun ke tahun untuk merekodkan 1.94 juta orang dengan kadar 37.4 peratus atau terdiri daripada lebih satu pertiga penduduk bekerja dengan pendidikan tertiari.
Dari sudut pandangan permintaan buruh, Mohd Uzir berkata jawatan dalam sektor ekonomi mencatatkan peningkatan 2.1 peratus kepada 8.94 juta jawatan berbanding tahun lepas, dengan jawatan diisi merangkumi 97.9 peratus daripada jumlah jawatan berkembang 2.1 peratus kepada 8.74 juta.
Dalam pada itu, beliau berkata permintaan buruh di Malaysia terus bertambah baik pada suku ini ditunjukkan oleh pertumbuhan 0.6 peratus dalam bilangan pewujudan jawatan untuk memenuhi keperluan industri yang merangkumi 31,100 jawatan.
Seiring perkembangan ekonomi pada suku keempat 2023, produktiviti buruh yang diukur berdasarkan nilai ditambah per pekerja meningkat 0.5 peratus berbanding suku yang sama tahun lepas untuk merekodkan nilai RM25,080 per pekerja.
Mengulas lanjut berkenaan prestasi keseluruhan pasaran buruh bagi 2023, beliau berkata anggaran awal berdasarkan data purata bulanan menunjukkan bilangan penduduk bekerja meningkat 6.0 peratus kepada 16.31 juta orang pada 2023 berbanding 3.1 peratus atau 15.39 juta pada tahun sebelumnya.
Tambahnya bilangan tenaga buruh berkembang 5.4 peratus kepada 16.89 juta orang pada tahun lepas manakala kadar penyertaan tenaga buruh meningkat sebanyak 0.7 mata peratus kepada 70.0 peratus," katanya menambah baki 30 peratus penduduk dalam umur bekerja dikelaskan sebagai luar tenaga buruh.
Walaupun menghadapi cabaran luaran pada 2023, permintaan buruh mengukuh dengan jawatan dalam sektor ekonomi meningkat kepada 8.94 juta dengan 126,500 jawatan telah diwujudkan pada 2023 yang tertinggi dalam siri masa dan melepasi bilangan yang direkodkan pada 2022 iaitu 116,700 dan 2021 (69,500).
Dari segi produktiviti buruh, dengan pertumbuhan ekonomi yang positif sebanyak 3.7 peratus pada 2023, produktiviti buruh per pekerja meningkat 0.9 peratus daripada 5.4 peratus pada 2022 untuk merekodkan RM96,692 per pekerja dengan 2022 mencatatkan RM95,858.
Melangkah ke tahun 2024, Mohd Uzir berkata ekonomi Malaysia dijangka bertambah baik didorong oleh perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan dan pemulihan permintaan luaran.
Menurutnya dalam keadaan tersebut, pasaran buruh dijangka kekal stabil pada suku akan datang, selari dengan perkembangan ekonomi semasa dan kemajuan teknologi yang terhasil daripada pelaburan bernilai tinggi yang disokong oleh inisiatif kerajaan yang berterusan.
"Dengan pendekatan proaktif untuk menangani cabaran dan memanfaatkan peluang, Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk mengekalkan momentumnya dan memupuk pertumbuhan inklusif bagi kesemua segmen masyarakat.
"Namun begitu, prospek itu tertakluk kepada potensi cabaran global dan domestik serta trend pasaran yang berubah-ubah berpunca daripada situasi luar jangka yang mungkin berlaku pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024
Mohd Uzir berkata bilangan penduduk bekerja kurang daripada 30 jam seminggu mencatatkan pertambahan 6.6 peratus berbanding suku sama pada tahun 2022, dengan sejumlah 286,100 orang. - Gambar fail/BERNAMA
Pengering rambut antara punca uban di usia muda
Kekurangan vitamin B12 dan zat besi, stres, vitiligo, dan merokok turut menjadi punca rambut beruban.
Gempa bumi kuat landa Luar Pantai Costa Rica
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
FAA lulus kembali penerbangan SpaceX Falcon 9
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) meluluskan semula penerbangan kenderaan pelancaran SpaceX Falcon 9 setelah menyemak dan menerima hasil siasatan yang diketuai oleh SpaceX.
Pakistan, Saudi bincang situasi di Palestin dan Lubnan
Kedua-dua menteri turut mengkaji hubungan dua hala serta membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.
Tiada trak bantuan makanan masuk ke utara Gaza sejak Oktober -WFP
Tiada satu pun bantuan makanan memasuki utara Gaza sejak awal Oktober, meletakkan lebih sejuta penduduk dalam risiko kebulurun, lapor Program Makanan Sedunia (WFP).
'Deepavali Pop Up Market' buka ruang bantu peniaga IKS
'Deepavali Pop Up Market' diadakan selama dua hari sehingga Ahad, dari jam 10 pagi hingga 6.30 petang dengan menawarkan pelbagai produk yang dihasilkan daripada perusahaan kecil dan sederhana.
Aveena Devi lakar kisah hidup sendiri melalui seni lukis
Walaupun dilahirkan sebagai orang kurang upaya, K. Aveena Devi tidak berputus asa untuk melakar kisah hidupnya sendiri dalam bidang seni lukis.
Ahli politik veteran India ditembak mati di Mumbai
Tiga penyerang melepaskan tembakan terhadap bekas menteri negeri Maharashtra itu yang lebih dikenali sebagai Baba Siddique.
Tragedi UiTM Dungun: Reman pemandu Honda CRV dilanjutkan hingga Selasa
Majistret membenarkan lanjutan berkenaan sehingga Selasa, selepas tempoh reman terhadap suspek itu berakhir hari ini.
Jumlah mangsa banjir tiga negeri kembali meningkat pagi ini
Banjir yang melanda Baling telah menyebabkan tiga pusat pemindahan sementara dibuka, manakala dua lagi PPS kini beroperasi di Sik.
Agenda SMJ nampak hasil positif lonjak ekonomi, tarik pelabur - Hajiji
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul, menampakkan hasil positif dalam menarik pelabur dan melonjakkan ekonomi negeri.
Jangka hayat bayi lahir pada 2024 dijangka hidup sehingga 75.2 tahun - DOSM
Bayi yang lahir pada 2024 secara purata dijangka hidup sehingga 75.2 tahun dengan bayi perempuan hidup 4.8 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Banci Pertanian: DOSM kongsi kepakaran dengan negara luar
DOSM diiktiraf negara luar seperti Indonesia, Thailand, dan Uzbekistan sebagai rujukan dalam pelaksanaan bancian dan pengumpulan data pertanian.
Aset tetap ekonomi terkumpul negara naik 3.0 peratus kepada RM5.60 trilion
Stok Modal Kasar (SMK) yang mewakili modal terkumpul aset tetap dalam negara, mencatat nilai RM5.6 trilion dengan pertumbuhan sebanyak 3.0 peratus pada 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Banci Pertanian 2024: Data masa nyata bersifat komprehensif
Pengarah Institut Latihan Statistik Malaysia, DOSM, Mohd Sofi Ali berkata dapatan banci itu turut bersifat komprehensif dan amat berguna kepada pelbagai pihak berkepentingan.
Banci Pertanian 2024 dorong anak muda perkasa sekuriti makanan
Banci Pertanian 2024 membuktikan DOSM komited mengumpul data terkini agar dasar membabitkan sektor pertanian dapat diperkasa.
Lebih 64 juta pelancong domestik direkodkan pada suku kedua tahun ini
Seramai 64.8 juta pelawat domestik direkodkan bagi suku kedua 2024, meningkat 23.8 peratus berbanding suku tahun yang sama pada tahun sebelumnya.
DOSM bakal tubuh Pusat Analitik Data Raya, rapatkan jurang data sektor awam dan swasta
Ia seiring dengan tema Persidangan Statistik Malaysia ke-11 iaitu Data dan Kecerdasan Buatan Memperkasa Masa Depan.
Perbelanjaan pelancongan domestik melonjak kepada RM78.7 bilion pada 2023 - DOSM
Pelancongan domestik di Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2023 apabila merekodkan lonjakan dalam jumlah perbelanjaan.
Jumlah tenaga buruh meningkat 0.1 peratus pada Julai 2024 - DOSM
Jumlah tenaga buruh pada Julai 2024 meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 17.2 juta orang, berbanding 17.17 juta orang pada bulan sebelumnya.