BISNES
Bilangan penganggur menurun 0.7 peratus pada Mei 2025 - DOSM

Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun turun kepada 10.2 peratus pada Mei 2025, dengan 297.700 penganggur belia (April: 298.300). - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Bilangan penganggur terus menurun sebanyak 0.7 peratus pada Mei 2025 kepada 522,400 orang berbanding 525,900 pada April, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ringkasan AI
- Bilangan penganggur di Malaysia menurun 0.7 peratus kepada 522,400 orang pada Mei 2025, dengan kadar pengangguran kekal pada 3.0 peratus, menunjukkan prestasi ekonomi yang stabil.
- Jumlah penduduk bekerja meningkat kepada 16.86 juta orang, dengan sektor perkhidmatan seperti penginapan dan makanan & minuman mencatat pertumbuhan konsisten.
- Kadar pengangguran belia berumur 1524 tahun turun kepada 10.2 peratus, manakala kadar bagi belia 1530 tahun kekal pada 6.2 peratus, disokong oleh dasar kerajaan dan pelaburan dalam modal insan.
"Penurunan pengangguran yang berterusan diiringi pertambahan dalam guna tenaga mencerminkan prestasi ekonomi Malaysia yang positif dan memberangsangkan," katanya dalam satu kenyataan.
Melihat kepada prestasi guna tenaga mengikut sektor ekonomi, beliau berkata bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan menunjukkan trend peningkatan konsisten, terutamanya aktiviti penginapan dan perkhidmatan makanan & minuman;
Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun turun kepada 10.2 peratus pada Mei 2025, dengan 297.700 penganggur belia (April: 298.300).
Bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun, kadar pengangguran kekal pada 6.2 peratus, mencatatkan 399.000 orang (April: 400.600)
Mohd Uzir berkata pasaran buruh negara dijangka terus berkembang dan kekal berdaya tahan pada bulan-bulan yang akan datang, disokong oleh dasar kerajaan, kestabilan makroekonomi serta pelaburan dalam modal insan.
"Walaupun berdepan cabaran global yang berterusan, asas domestik yang kukuh dan pelaburan dalam modal insan membantu mengekalkan kestabilan dan prestasi pasaran buruh yang kukuh.," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami