BISNES
Blackberry buka ibu pejabat Komunikasi Selamat APAC di Malaysia

BlackBerry kini memperluas operasinya di Cyberjaya, pusat bandar Kuala Lumpur dan Mont Kiara. - Foto Reuters
KUALA LUMPUR: BlackBerry Ltd membuka ibu pejabat serantau Asia Pasifik (APAC) bagi bahagian Komunikasi Selamat di Malaysia, mengukuhkan komitmen jangka panjang syarikat kepada negara dan rantau ASEAN secara lebih meluas.
Ringkasan AI
- BlackBerry Ltd membuka ibu pejabat serantau Asia Pasifik bagi bahagian Komunikasi Selamat di Malaysia, menandakan komitmen jangka panjang kepada negara dan rantau ASEAN.
- Operasi diperluas ke Cyberjaya, pusat bandar Kuala Lumpur dan Mont Kiara, termasuk pejabat jualan, pemasaran dan pusat sokongan serantau dengan lebih 50 pakar teknikal.
- Langkah ini menyokong strategi pertumbuhan BlackBerry serta keutamaan nasional Malaysia seperti pembinaan kapasiti, respons bencana dan komunikasi selamat.
Naib Presiden Kanannya di APAC Tash Stamatelos berkata langkah itu menyokong strategi pertumbuhan serantau BlackBerry dan keutamaan nasional Malaysia termasuk pembinaan kapasiti, respons bencana yang dipertingkatkan dan pelaksanaan komunikasi yang mempunyai standard keselamatan tinggi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami