[TERKINI] Kes Zara Qairina: JSJ Sahkan Pegawai Penyiasat Tidak Patuh SOP, Gagal Mohon Bedah Siasat – Ikuti Perkembangan Di Sini
BISNES

Blackberry buka ibu pejabat Komunikasi Selamat APAC di Malaysia

Bernama 13/08/2025 | 06:05 MYT
BlackBerry kini memperluas operasinya di Cyberjaya, pusat bandar Kuala Lumpur dan Mont Kiara. - Foto Reuters
KUALA LUMPUR: BlackBerry Ltd membuka ibu pejabat serantau Asia Pasifik (APAC) bagi bahagian Komunikasi Selamat di Malaysia, mengukuhkan komitmen jangka panjang syarikat kepada negara dan rantau ASEAN secara lebih meluas.


Ringkasan AI
  • BlackBerry Ltd membuka ibu pejabat serantau Asia Pasifik bagi bahagian Komunikasi Selamat di Malaysia, menandakan komitmen jangka panjang kepada negara dan rantau ASEAN.
  • Operasi diperluas ke Cyberjaya, pusat bandar Kuala Lumpur dan Mont Kiara, termasuk pejabat jualan, pemasaran dan pusat sokongan serantau dengan lebih 50 pakar teknikal.
  • Langkah ini menyokong strategi pertumbuhan BlackBerry serta keutamaan nasional Malaysia seperti pembinaan kapasiti, respons bencana dan komunikasi selamat.


Menurut firma teknologi berpangkalan di Kanada itu dalam kenyataan, selepas kejayaan pelancaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Pusat Kecemerlangan BlackBerry Cybersecurity (CCoE) di Cyberjaya tahun lepas, BlackBerry kini memperluas operasinya di Cyberjaya, pusat bandar Kuala Lumpur dan Mont Kiara.

Katanya pengembangan itu termasuklah pejabat jualan dan pemasaran baharu serta pusat sokongan serantau khusus yang dikendalikan oleh lebih 50 pakar teknikal, membolehkan perkhidmatan sokongan dan profesional selama 24/7 di seluruh rantau APAC.

Naib Presiden Kanannya di APAC Tash Stamatelos berkata langkah itu menyokong strategi pertumbuhan serantau BlackBerry dan keutamaan nasional Malaysia termasuk pembinaan kapasiti, respons bencana yang dipertingkatkan dan pelaksanaan komunikasi yang mempunyai standard keselamatan tinggi.

-- BERNAMA







#BlackBerry #ibu pejabat serantau Asia Pasifik #APAC #ASEAN