Skip to main content

Bisnes

Blackmores perkenal multivitamin halal pertama berasaskan habbatus sauda

Siti Nurhaliza (kanan) menghadiri majlis pelancaran multivitamin baharu keluaran Blackmores yang formulasinya dibangunkan berdasarkan pemahaman pengguna Muslim.
Siti Nurhaliza (kanan) menghadiri majlis pelancaran multivitamin baharu keluaran Blackmores yang formulasinya dibangunkan berdasarkan pemahaman pengguna Muslim.

Advertisement

KUALA LUMPUR: Blackmores Malaysia melancarkan multivitamin baharunya yang diformulasikan dengan 20 vitamin dan mineral serta habbatus sauda, sekali gus menjadi formulasi pertama syarikat itu yang dibangunkan berdasarkan pemahaman terhadap keperluan pengguna Muslim.

Pengarah Urusan Asia Blackmores Group, Andrew Fuary berkata, pelancaran produk tersebut mencipta satu lagi sejarah bagi syarikat itu apabila gabungan kepakaran dalam bidang sains dan bahan semula jadi diterjemahkan menerusi formulasi yang diilhamkan khusus untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

Menurutnya, habbatus sauda atau minyak jintan hitam dipilih kerana mempunyai kedudukan istimewa dalam tradisi Islam dan diiktiraf sebagai bahan sunna yang sinonim dengan amalan kesejahteraan masyarakat Islam.

“Hubungan habbatus sauda yang telah lama terjalin dengan amalan kesejahteraan Islam menjadikannya bahan botani yang amat bermakna dalam kalangan masyarakat Muslim.

“Pada Disember 2025, Blackmores memperoleh pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sekali gus menjadi produk siap keluaran Australia pertama yang menerima pensijilan tersebut.

“Ia mencerminkan komitmen berterusan kami untuk menyediakan produk berkualiti tinggi dan beretika kepada masyarakat Islam. 

"Pelancaran produk baharu ini juga menandakan satu lagi pencapaian penting Blackmores di Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran produk itu di sini, pada Khamis.

Turut hadir memeriahkan majlis berkenaan ialah Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza serta Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia, Danny Hoh, yang merupakan rakan runcit eksklusif bagi pelancaran produk tersebut.

Fuary berkata, multivitamin baharu itu mencerminkan pendekatan inovasi berteraskan pengguna melalui formula yang relevan dengan masyarakat tempatan dan diperakui halal oleh Jakim.

Katanya, pembangunan produk berkenaan merupakan langkah signifikan dalam menyediakan penyelesaian kesihatan yang lebih dekat dengan keperluan budaya rakyat Malaysia tanpa menjejaskan piawaian global Blackmores.

Dalam masa sama, beliau berkata. pelancaran produk itu turut menjawab cabaran gaya hidup moden yang dihadapi rakyat Malaysia.

Beliau merujuk Tinjauan Malaysia Workforce Hopes & Fears 2025 oleh PwC yang mendapati 49 peratus pekerja di negara ini berasa letih sekurang-kurangnya sekali seminggu.

“Jadual yang padat sering menyebabkan waktu makan terlepas, makan secara tergesa-gesa dan kekurangan masa untuk menyediakan hidangan yang seimbang.

“Akibatnya, orang dewasa mungkin berdepan kesukaran untuk memenuhi keperluan nutrisi harian secara konsisten hanya melalui pemakanan,” katanya.

Sementara itu, Watsons Malaysia akan memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses produk tersebut kepada pengguna di seluruh negara.

Gabungan kepakaran Blackmores dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan bersama rangkaian runcit Watsons yang meluas dijangka memudahkan pengguna mendapatkan produk berkualiti serta mengamalkan rutin penjagaan kesihatan harian dengan lebih konsisten.

Multivitamin baharu Blackmores itu dijual pada harga RM55 sebotol yang mengandungi 30 kapsul, dengan dos pengambilan yang disyorkan ialah satu kapsul sehari.

Must Watch Video

Advertisement