awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BMI kekal unjuran defisit belanjawan sejajar dengan unjuran fiskal kerajaan

Bernama
Bernama
17/10/2023
21:30 MYT
BMI kekal unjuran defisit belanjawan sejajar dengan unjuran fiskal kerajaan
BMI berkata, kerajaan menjangka perubahan terhadap cukai akan menjana penambahan sebanyak RM14.6 bilion (0.7 peratus daripada KDNK) pada 2024. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI) telah mengekalkan unjurannya bagi defisit belanjawan Malaysia memandangkan sebahagian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan berkurangan daripada 4.9 peratus pada 2023 kepada 4.3 peratus pada 2024, seiring dengan unjuran fiskal kerajaan.
Menurutnya pandangan terhadap prospek Belanjawan 2024 Malaysia memberikan isyarat kepada perjalanan yang berterusan menuju konsolidasi fiskal.
“Belanjawan ini juga menandakan langkah positif ke arah matlamat jangka sederhana Malaysia untuk mengurangkan defisit belanjawan kepada 3.5 peratus daripada KDNK menjelang 2025,” katanya dalam kenyataan.
BMI berkata antara pengumuman penting dalam Belanjawan 2024 adalah kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada lapan peratus pada 2024 berbanding enam peratus pada masa ini, pelaksanaan cukai barang bernilai tinggi antara lima hingga 10 peratus dan pengenalan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai bermula tahun depan.
“Kerajaan menjangka perubahan ini akan menjana penambahan sebanyak RM14.6 bilion (0.7 peratus daripada KDNK) pada 2024,” katanya.
Menurut BMI, jumlah perolehan juga diramalkan meningkat sebanyak 1.5 peratus kepada RM307.6 bilion pada 2024 (15.6 peratus daripada KDNK), dengan kenaikan perolehan cukai ini akan membantu mengimbangi penyusutan perolehan bukan cukai.
“Perolehan bukan cukai diunjurkan menyusut sebanyak 13.3 peratus kepada RM74.2 bilion berikutan resit pendapatan pelaburan yang berkurangan.
“Kerajaan menjangka pendapatan dividen daripada Petronas akan merosot daripada RM47.8 bilion pada 2023 kepada RMR39.7 bilion pada 2024,” katanya.
Dari segi perbelanjaan, BMI berkata kerajaan mengunjurkan kenaikan sebanyak 1.2 peratus dalam perbelanjaan operasi kepada RM303.8 bilion pada 2024, manakala perbelanjaan bersih pembangunan diunjurkan susut sebanyak 7.0 peratus kepada RM90.0 bilion pada 2024 (4.6 peratus daripada KDNK).
“Secara keseluruhannya, jumlah perbelanjaan diunjurkan menyusut berbanding anggaran yang disemak semula berjumlah RM397.4 bilion pada 2023 kepada RM393.8 bilion,” katanya.
Pada 13 Okt 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2024 dengan peruntukan berjumlah RM393.8 bilion atau 19.9 peratus daripada KDNK.
Daripada RM393.8 bilion yang diperuntukkan pada belanjawan kali ini, Anwar berkata sebanyak RM303.8 bilion atau 77.1 peratus disalurkan kepada perbelanjaan mengurus, manakala baki RM90 bilion diperuntukkan kepada perbelanjaan pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.
-- BERNAMA
Apa anda dapat dari Belanjawan 2024? Klik sini untuk liputan penuh di sini
Topic Berkaitan
#pertumbuhan ekonomi Malaysia
#BMI
#Belanjawan 2024
#unjuran fiskal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan