awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM, bank Malaysia punyai penasihat, pakar dalam pelaksanaan syariah

Bernama
Bernama
26/11/2017
22:54 MYT
BNM, bank Malaysia punyai penasihat, pakar dalam pelaksanaan syariah
Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, penasihat dan pakar dalam industri ini merupakan penunjuk arah yang menentukan hak-hak yang mematuhi peraturan Syariah.
Bank Negara Malaysia (BNM) dan bank di negara ini telah menyediakan penasihat dan pakar yang mencukupi untuk memastikan pelaksanaan sistem kewangan Islam adalah mengikut peraturan syariah.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, penasihat dan pakar dalam industri ini merupakan penunjuk arah yang menentukan hak-hak yang mematuhi peraturan Syariah.
"Penasihat dan pakar tersebut juga sentiasa memperbaharui maklumat terkini, saling bertukar maklumat untuk memastikan cara pelaksanaan sistem kewangan Islam di Malaysia menuju ke arah yang lebih baik, matang serta sempurna," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sesi perbincangan bertajuk: Mengapa Perlunya Kita Memilih Kewangan Islam yang diadakan sempena hari terakhir Karnival Kewangan BNM di sini, pada Ahad.
Bertema 'Utamakan Keperluan Kewangan Anda', karnival selama tiga hari mulai 24 November 2017 itu diadakan di Pusat Pameran CityONE di sini.
Zulkifli Mohamad, yang juga ahli Majlis Penasihat Syariah BNM menegaskan, kewangan Islam perlu mematuhi tiga syarat, iaitu mematuhi peraturan syariah, berkaitan dengan nilai yang dapat menolong dan memanfaatkan golongan masyarakat yang besar serta mempromosi keadilan.
"Sebagai contoh, sistem wakaf yang diperkenalkan di kalangan bank Malaysia seperti wakaf pendidikan dan wakaf perubatan telah memberikan manfaat yang jelas kepada orang ramai," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bank
#Bank Negara
#Bank Negara Malaysia
#Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri
#syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan