KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia dijangka akan menunggu sehingga Julai sebelum meningkatkan kadar faedah memandangkan ia sedang memerhati tahap pemulihan ekonomi, menurut hasil dapatan undian Reuters.
Meskipun kadar inflasi meningkat di atas unjuran BNM iaitu 2 hingga 3 peratus pada November, namun ia dijangka menyusut kembali ke dalam beberapa bulan akan datang.
Undian pada 10 hingga 14 Januari oleh Reuters melibatkan 23 pakar ekonomi menunjukkan BNM akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus sehingga akhir Jun.
Kesemua pakar ekonomi itu tidak menjangkakan sebarang kenaikan pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Khamis ini.
"Bank Negara Malaysia akan kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuhan sehingga pertengahan 2022 apabila kita jangkakan pemulihan ekonomi akan lebih berdaya tahan," kata pakar ekonomi ANZ Debalika Sarkar yang dipetik Channel News Asia.
"Kami jangka kenaikan pertama akan berlaku pada suku ketiga 2022 dan ia akan lebih bersifat simptomatik normalisasi dasar berbanding pengetatan,"
Pandangan itu selari dengan jangkaan pertengahan yang didapati melalui undian Reuters, yang mengunjurkan kenaikan kadar faedah kepada 2 peratus pada suku ketiga.
Inflasi Malaysia meningkat kepada 3.3 peratus pada November susulan gangguan rantaian bekalan global dan kenaikan harga bahan bakar dan ia dijangka kembali stabil tahun ini.
Angka itu dijangka kembali reda pada 2.5 peratus pada 2.21 kepada 2.1 peratus hingga 2 peratus tahun ini.
Bagaimanapun rantaian bekalan mungkin akan terus terjejas akibat pandemik COVID-19.
Najib Aroff
Mon Jan 17 2022

Inflasi Malaysia meningkat kepada 3.3 peratus pada November susulan gangguan rantaian bekalan global dan kenaikan harga bahan bakar dan ia dijangka kembali stabil tahun ini. -Bernama

13 maut, 12 parah dalam kemalangan bas langgar tiang plaza tol
Tragedi berlaku di Kilometer 712400 jalur A Tol Sumo arah Surabaya sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan).

PRU15: UMNO tidak terikat dengan mana-mana pakatan politik
Tegas beliau, 'pemetaan siasah' dan wibawa politik parti itu akan dapat berdiri dengan kekuatannya sendiri.

AWANI Ringkas: 1,058,626 kanak-kanak kini lengkap vaksin

Parlimen Somalia pilih Hassan Sheikh Mohamud sebagai presiden baharu
Mohamud merupakan pencabar terdekat Mohamed, memenangi 214 daripada 327 undi.

Kes Dera | Disyaki dera anak saudara, suami isteri direman
Pasangan suami isteri direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang juga anak saudara mereka, disyaki didera di Ipoh, Perak. Perintah reman dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah selepas mendapat permohonan daripada pihak polis.

PRU15 | Amanah mahu tanding lebih banyak kerusi
Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presidennya, Mohamad Sabu.
![[TERKINI] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan pasca sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51 [TERKINI] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan pasca sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967177/thumbnails/23697343341652676294279_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan pasca sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51
Ikuti sidang media Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke – 51 2022 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Kelantan #HariGuru2022 #AWANInews #TerimaKasihCikgu

Peringkat Nasional | Sambutan bersejarah Hari Guru ke-51 di Kelantan
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51 pada tahun ini cipta sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya diadakan di Kelantan. Diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, dengan bertemakan "Guru Tunjang Sekolah Sejahtera", ia diraikan selepas dua tahun negara dalam pandemik COVID-19.
![[TERKINI] Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 2022 [TERKINI] Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967174/thumbnails/23697343111652676285727_640x360.jpg)
[TERKINI] Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 2022
Ikuti Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke – 51 2022 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Kelantan #HariGuru2022 #AWANInews #TerimaKasihCikgu

Kuasa beli rakyat meningkat, pacu KDNK disebalik inflasi
Penggunaan persendirian yang meningkat lebih dua kali ganda merupakan cerminan kepada keyakinan dan kuasa beli rakyat. Walaupun KDNK meningkat, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai beri amaran tekanan inflasi. #NiagaAWANI #AWANIPagi #Ekonomi #KDNKMalaysia

Tambat ringgit beri risiko besar kepada negara - Gabenor BNM
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata tindakan tersebut akan memberi kesan buruk kepada sentimen pelabur.

Ekonomi Malaysia catat pertumbuhan KDNK 5 peratus suku pertama 2022
Pertumbuhan ini disokong terutamanya oleh permintaan dalam negeri yang bertambah baik.

Bank-bank semak semula kadar rujukan susulan kenaikan OPR
Bank-bank kini menyemak semula kadar rujukan mereka selepas Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 2.00 peratus daripada 1.75 peratus.

OPR naik: Siapa untung? Siapa rugi?
Selain bakal berlaku kenaikan kepada pembiayaan boleh ubah, kenaikan OPR bakal memberi impak positif kepada pendeposit tetap.

OPR meningkat sekali lagi dalam masa terdekat, kata pakar ekonomi
Ruang bagi kenaikan selanjutnya Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas dalam masa terdekat masih wujud pada separuh kedua tahun ini.

BNM dijangka kekalkan OPR 1.75 peratus - Pakar
Ketua Pakar Ekonomi, Bank Islam Malaysia, Dr Afzanizam Abdul Rashid berkata masih terlalu awal untuk BNM bertindak meningkatkan OPR pada ketika ini.

Penilaian bank digital selaras undang-undang, tiada rancangan keluarkan lebih banyak lesen - BNM
Gabenor Bank Negara berkongsi butiran terperinci mengenai penilaian dan pemilihan lima konsortium bagi lesen bank digital.

Lesen bank digital: MPay hormati keputusan BNM - Azizan Osman
Kalaulah diberikan lesen ini, kita mungkin boleh wujudkan dan beroperasi dalam tempoh 6 bulan saja, kata Azizan.

Grab sambut baik penganugerahan lesen perbankan digital
Usaha sama bank digital itu akan memegang 55.45 peratus kepentingan dalam bank digital Malaysia yang dicadangkan, yang akan diketuai oleh Pei Si Lai.

AEON, Boost, Kuok Brothers antara lima pemohon berjaya dapat lesen bank digital - BNM
Bank Negara Malaysia telah meluluskan lima pemohon yang berjaya tersenarai mendapatkan lesen bank digital dengan kelulusan Menteri Kewangan Malaysia.