KUALA LUMPUR: Kalangan ahli ekonomi menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) 4 Mac ini berikutan prospek pemulihan ekonomi.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ini memandangkan data-data seperti eksport dan Indeks Harga Pengguna (IHP) telah memaparkan petunjuk membabitkan pemulihan ekonomi negara.
Lebihan dagangan Malaysia melonjak sebanyak 38 peratus tahun ke tahun kepada RM16.6 bilion pada Januari 2021 manakala jumlah dagangan turut meningkat 4.1 peratus kepada RM162.6 bilion.
Jumlah eksport negara juga terbukti meneruskan momentum positif untuk bulan kelima berturut-turut dengan peningkatan sebanyak 6.6 peratus tahun ke tahun kepada RM89.6 bilion pada Januari lepas dan import menokok 1.3 peratus kepada RM73 bilion.
"Pasaran bon juga menunjukkan tanda-tanda bahawa kadar berkaitan akan meningkat di masa akan datang dengan hasil bagi sekuriti penanda aras meningkat secara agak ketara.
"Namun, kami percaya bahawa BNM masih terbuka terhadap pilihan untuk bertindak menurunkan OPR itu," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam juga menyifatkan pemulihan ekonomi negara sebagai bersifat tentatif berikutan pelaksanaan program vaksinasi yang masih di peringkat awal.
Menurutnya, inflasi keseluruhan negara pada Januari juga terbukti lebih baik daripada jangkaan awal apabila susut 0.2 peratus kepada 122.1 berbanding 122.4 setahun sebelumnya dan kadar semasa pula lebih menyokong ekonomi.
Oleh itu, sebarang keputusan berkaitan OPR akan diputuskan berdasarkan data-data akan datang.
Pandangan beliau turut dikongsi oleh Ketua Strategis Pasaran Global Axi, Stephen Innes yang menyifatkan BNM sedang meneliti perkembangan membabitkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta gelombang terkini COVID-19.
Menurutnya, pemulihan ekonomi dijangka berlaku pada suku kedua tahun ini dan kitaran penyusutan itu juga telah berakhir.
"Bagi saya, bank-bank pusat global termasuk BNM akan mengambil langkah susulan dengan meningkatkan kadar faedah walaupun ini mungkin berlaku pada tempoh memasuki 2023.
"Dalam pada itu, BNM juga dijangkakan tidak akan bertindak menurunkan lagi kadar itu sehingga ia benar-benar pasti dengan prestasi ekonomi, pelaksanaan program vaksinasi dan bagaimana aspek mobiliti itu dapat mendorong pemulihan ekonomi," katanya.
Pada Julai tahun lepas, BNM bertindak menurunkan OPR kepada 1.75 peratus -- kadar terendah 2004.
Menurut Innes, sebarang pergerakan mobiliti itu akan membawa kepada pemulihan ekonomi secara sendiri dan jika sebaliknya akan menyaksikan BNM masih mempunyai pilihan menurunkan kadar tersebut seawal 2022.
"Namun, saya berpendapat ini mungkin sukar berlaku kerana pemulihan eksport dan komoditi sebaliknya mempengaruhi ekonomi ketika ekonomi domestik kembali meningkat," katanya.
Sementara itu, Pengarah Penyelidikan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Laurence Todd juga yakin kadar OPR akan dikekalkan dan menganggap keadaan masih terlalu awal untuk meningkatkan kadar sedia ada walaupun ekonomi negara dijangka pulih pada 2021.
"Prospek bagi 2021 adalah jauh lebih baik berbanding 2020, terutama menerusi pelaksanaan program vaksinasi. Namun, risikonya masih ada.
"Walaupun beberapa negara mencatat kemajuan ketara membabitkan usaha vaksinasi itu, keadaan sebaliknya lebih perlahan di beberapa negara lain yang berpotensi menyebabkan gangguan serta peningkatan semula jangkitan COVID-19.
"Malah, sekiranya pelaksanaan vaksinasi ini berjaya, sekatan (pergerakan) tertentu akan hanya ditarik balik selepas beberapa bulan seperti perjalanan antarabangsa," katanya.
Atas alasan itu, Todd berkata pemulihan ekonomi di beberapa negara hanya dijangka bermula pada penghujung 2021.
Sementara itu, Ahli Ekonomi Kanan UOB Malaysia Julia Goh berkata pihaknya berpendapat bahawa BNM kurang cenderung menggunakan mekanisme dasar monetari meluas pada masa ini walaupun dalam persekitaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang susut serta lanjutan PKP 2.0.
"Sehubungan itu, kami menjangkakan BNM akan mengekalkan OPR pada 1.75 peratus dalam mesyuarat MPC ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 01 2021

Pada Julai tahun lepas, BNM bertindak menurunkan OPR kepada 1.75 peratus -- kadar terendah 2004. - Gambar fail/ Reuters

15 muka lama kekal anggotai jawatankuasa DAP N. Sembilan, Anthony Loke pertahan jawatan
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook berjaya mempertahankan jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang dipegang beliau sejak 2004.

UMNO bincang isu pemilihan parti dalam mesyuarat MT Ramadan nanti - Ahmad Maslan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan mesyuarat MKT dijadualkan pada Ramadan nanti.

Pemergian Putera Phillip bakal 'satukan' semula William dan Harry
William dan Harry akan berjalan beriringan sewaktu Perarakan Diraja, mengiringi jasad Duke of Edinburgh di Istana Windsor, pada 17 April ini

Audio tular | Azmin yakin sahih, pengkhianatan terbesar Anwar
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin audio tular yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah sahih. Beliau pada masa sama menyifatkan tindakan Anwar itu merupakan satu pengkhianatan terbesar kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) secara umumnya.

Sidang media khas tangkapan kartel daging
Ikuti secara langsung sidang media khas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed.

Audio tular: Azmin yakin sahih, pengkhianatan terbesar Anwar
Azmin sifatkan tindakan Anwar itu merupakan satu pengkhianatan terbesar kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) secara umumnya.

Bukan daging sahaja, kayu pun cuba diimport secara tidak sah ke negara ini
Tiga kontena yang membawa masuk 83.966 meter kubik (MTQ) muatan kayu itu ditahan dalam pemeriksaan rutin di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth, jam 5.32 petang Sabtu.

Mayat lelaki rentung ditemui dalam ladang kelapa sawit
Mayat itu ditemui dalam keadaan terlentang dan masih memakai kasut jam 7.28 malam Sabtu oleh orang awam yang melalui kawasan terbabit.

Jenayah | Bukan jatuh, rupanya ditolak suami dari tingkat 18
Wanita yang disangka terjatuh dari tingkat 18 Kondominium Bukit Awana Jalan Bukit Kukus, George Town semalam rupanya ditolak oleh suaminya sendiri. Perkara itu disahkan oleh polis yang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, susulan kejadian itu, polis telah menahan suami mangsa berusia 34 tahun.

Politik | Pas enggan dedah strategi PRU-15
Pas tidak akan mendedahkan kepada umum berkaitan strategi yang akan digunakan parti itu dalam menghadapi pilihanraya umum ke-15 terutama melibatkan soal pembahagian kerusi.

Ringgit dijangka bergerak dalam jajaran kecil berbanding dolar AS minggu depan
Pada Jumaat, sehingga 6.15 pagi waktu CST, kontrak Mei bagi minyak mentah Brent naik hampir 3.4 peratus untuk diniagakan pada US$64.86 setong.

Operasi perniagaan pulih sedikit pada separuh kedua 2020 - BNM
Langkah pembendungan COVID-19 yang dilaksanakan baru-baru ini adalah kurang ketat dan lebih bersasar.

Pengeluaran i-Sinar beri impak langsung positif kepada ekonomi sebenar - BNM
Pengeluaran di bawah skim i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat memberi impak langsung yang positif kepada ekonomi sebenar yang menyokong penggunaan domestik.

Malaysia masih perlu waspada dengan perang perdagangan AS-China - BNM
Negara masih perlu berwaspada dengan risiko memuncaknya ketegangan perdagangan di antara Amerika Syarikat (AS) dengan China.

Ekonomi Malaysia dijangka kembali pulih tahun ini - Gabenor BNM
Ekonomi Malaysia akan pulih kembali pada tahun 2021 dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencapai tahap sebelum COVID-19 menjelang pertengahan 2021.

Bank Negara beri amaran mengenai kelekaan tangani pandemik
Masih wujud ketidakpastian yang ketara mengenai evolusi dan trajektori pandemik biarpun ekonomi telah mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

Inflasi keseluruhan akan meningkat pada suku kedua, menyederhana kepada 2.5-4.0 peratus pada 2021 - Gabenor BNM
Inflasi keseluruhan yangmengukur jumlah inflasi ekonomi ialah pada -1.2 peratus pada suku kedua 2020 semasa negara ini diletakkan di dalam sekatan pergerakansepenuhnya.

Penyingkiran Malaysia daripada senarai FTSE Russel cermin inisiatif BNM - FMAM
Penyingkiran Malaysia daripada Senarai Pemerhatian FTSE Russell ke atas kebolehcapaian pasaran, mencerminkan pengiktirafan ke atas kejayaan inisiatif BNM.

Malaysia akan dikekalkan dalam WGBI - FTSE Russell
FTSE Russell memuji Bank Negara Malaysia atas inisiatif yang telah dilaksanakan dan sedang dijalankan untuk menangani kebimbangan pelabur asing apabila mengakses pasaran bon kerajaan Malaysia.

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$109 bilion pada 26 Feb
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$109 bilion pada 26 Feb, 2021, berbanding US$108.6 bilion pada 29 Jan.