awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM dijangka kekalkan OPR 2.75 peratus pada mesyuarat MPC Mei ini - Penganalisis

Bernama
Bernama
28/04/2023
10:32 MYT
BNM dijangka kekalkan OPR 2.75 peratus pada mesyuarat MPC Mei ini - Penganalisis
Bank Negara berkemungkinan mengekalkan kadar tersebut memandangkan tahap pendirian akomodatif semasa di tengah-tengah pertumbuhan sederhana dan prospek inflasi. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akan datang, kata firma penyelidikan.
Bank Islam Malaysia Bhd dalam nota penyelidikannya berpendapat, BNM mungkin mengekalkan kadar tersebut memandangkan tahap pendirian akomodatif semasa di tengah-tengah pertumbuhan sederhana dan prospek inflasi.
Ia berkata bank pusat telah menghentikan kitaran penormalan dasarnya di dua mesyuarat MPC pada 2023 untuk menilai kesan kenaikan OPR sebanyak 100 mata asas secara kumulatif terhadap ekonomi.
"Memandangkan pertumbuhan mungkin lebih sederhana pada separuh kedua 2023 (2H 2023) di samping pemulihan pasaran buruh yang lembap, kebarangkalian untuk mengekalkan OPR pada 2.75 peratus sepanjang 2023 juga tinggi.
"Sehubungan itu, kami percaya BNM akan mengekalkan kadar yang stabil dalam mesyuarat MPC akan datang sambil mengekalkan penormalan dasarnya secara terbuka," katanya.
RHB Investment Bank (RHB IB) yang turut berkongsi pandangan yang sama, berkata ia menjangka bank pusat mengekalkan status quo OPR untuk menilai lebih lanjut kesan yang ditinggalkan daripada kenaikan berturut-turut sebelum ini di tengah-tengah persekitaran luaran yang mencabar, dengan kadar inflasi teras menunjukkan tanda-tanda stabil.
"Kami mengekalkan jangkaan OPR tertinggi kami pada 3.25 peratus dengan risiko cenderung ke arah 3.0 peratus manakala anggaran OPR tertinggi konsensus Bloomberg ialah 3.0 peratus.
"Walaupun terdapat sedikit penyederhanaan momentum pada inflasi teras (pergerakan purata tiga bulan, pelarasan musim) pada beberapa bulan kebelakangan ini, momentum inflasi teras kekal tidak berubah di tengah-tengah tekanan permintaan domestik yang berdaya tahan, didorong oleh persekitaran kadar faedah rendah yang berpanjangan," katanya dalam nota penyelidikan yang berasingan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#OPR
#kadar dasar semalaman
#Jawatankuasa Dasar Monetari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan