KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.
Pada Khamis, bank pusat mengumumkan kadar utama itu telah dikekalkan pada 3.00 peratus. Ini menandakan sesi ketiga berturut-turut apabila Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) telah memilih untuk mengekalkannya pada tahap yang sama.
Menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB), MPC berkata pendirian semasa dasar monetari kekal menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa inflasi dan pertumbuhan.
"Kami mengambil ini sebagai isyarat bahawa tiada keperluan mendesak untuk melaraskan OPR dalam tempoh terdekat, walaupun prestasi keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku kedua 2023 sederhana dan persekitaran luaran yang lemah.
"Dengan mengambil kira (faktor) ini, kami mengekalkan jangkaan yang BNM akan mengekalkan OPR pada 3.00 peratus dalam mesyuarat akhir MPC 2023," katanya dalam nota hari ini.
Mesyuarat MPC yang terakhir dan keenam tahun ini akan diadakan pada 1 dan 2 Nov.
Public Investment Bank Bhd pula berpandangan bahawa kadar semasa membolehkan BNM menilai dengan teliti kesan kenaikan kadar kumulatif 125 mata asas (bps) sejak permulaan kitaran kenaikan kadar pada Mei 2022.
Ia berpendapat ketidaktentuan global yang semakin meningkat dan kesan asas yang tinggi akan memberikan cabaran yang getir untuk mengekalkan momentum ekonomi pada suku akan datang.
"Namun, sekiranya ekonomi domestik melebihi jangkaan, kami percaya BNM mungkin mempertimbangkan normalisasi secara beransur-ansur Keperluan Rizab Berkanun (SRR) kepada 3.00 peratus pada suku ketiga 2024," tambahnya.
Sementara itu, CGS-CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan keadaan global pada suku atau dua suku berikutnya kekal lemah kerana Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kadar dana persekutuan yang tinggi kerana ia lebih cenderung untuk mengurangkan inflasi berbanding pertumbuhan ekonomi.
Tambahan pula, China masih berhadapan dengan cabaran pertumbuhan yang besar berikutan keyakinan perniagaan dan pengguna yang lemah dalam keadaan ekonomi dan politik yang tidak menentu, masalah berterusan dalam industri hartanah, serta ruang fiskal yang terhad untuk sokongan yang besar dan berkesan, katanya.
Firma pembrokeran itu turut mengunjur OPR akan dikekalkan pada tahap semasa untuk baki tahun ini dan sepanjang 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2023

Pada Khamis, bank pusat mengumumkan kadar utama itu telah dikekalkan pada 3.00 peratus. - Gambar fail
AWANI Ringkas: RM800 juta kerugian penipuan pelaburan tidak wujud
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Air Selangor tempa nama di persada antarabangsa
Penganugerahan ini menyuntik semangat untuk terus memacu inovasi serta menetapkan piawaian baharu industri.
Pelajar tahfiz cemerlang akan terima tajaan biasiswa penuh di dua universiti
Semua pelajar tahfiz yang cemerlang dengan keputusan sekurang-kurangnya 10A ke atas pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPRM) akan menerima tajaan biasiswa penuh di dua universiti tempatan.
1,500 kanak-kanak sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
Bagi meraikan kedatangan musim haji tidak lama lagi, Warnakala Studios mengambil inisiatif menganjurkan program Haji Kids ke Baitullah, simulasi haji untuk kanak-kanak peringkat negeri Melaka 2025.

25 penerima darjah, pingat kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis ke-82
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran kepada 25 penerima sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-82.
Saifuddin Nasution nafi wujud politik wang
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan berlaku politik wang dalam PKR.

PM Anwar ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Raja Perlis ke-82
Anwar mendoakan kesejahteraan dan keafiatan berpanjangan buat Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja.

Xiaomi bakal perkenal cip SoC 'Xring01' yang dibangunkan sendiri
Ini merupakan langkah strategik Xiaomi untuk mengurangkan kebergantungan kepada pembekal luar.

Polis kesan lelaki bawa anjing ke restoran halal di Segamat
Siasatan awal mendapati insiden terbabit berlaku pada 11 Mei lalu kira-kira jam 12 tengah hari di sebuah restoran nasi kandar di Segamat Baru.

Nahas FRU: Masih tiada pihak bayar jaminan, pemandu lori kekal di lokap - Polis
Masih tiada pihak tampil membayar jaminan untuk pemandu lori yang didakwa memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU.

Inflasi keseluruhan turun kepada 1.4 peratus, teras stabil pada Mac - BNM
Inflasi keseluruhan Malaysia turun kepada 1.4 peratus pada Mac 2025 daripada 1.5 peratus dalam bulan sebelumnya manakala inflasi teras kekal stabil pada 1.9 peratus.

Tarif AS: Unjuran KDNK 2025 Malaysia mungkin perlu diturunkan - Gabenor BNM
Unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi 2025 yang pada masa ini disasarkan antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus mungkin perlu diturunkan berikutan impak daripada tarif Amerika Syarikat (AS).

Usaha Respons Scam Kebangsaan tunjukkan tanda positif di Malaysia
Adnan Zaylani berkata penipuan dalam talian menjadi kebimbangan yang semakin meningkat.

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM33.22 bilion daripada RM28.90 bilion pagi ini.

BNM teroka potensi pengenalan teknologi blockchain asas
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneroka potensi untuk memperkenalkan teknologi blockchain asas bagi mempertingkat sistem kewangan negara seperti Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC).

Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.

BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).

Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan dan Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan.

BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.

Makmal Inovasi Kewangan Iklim dijangka beroperasi pada separuh pertama 2025 - BNM
CFIL bertujuan mempercepat pembangunan penyelesaian kewangan iklim yang inovatif bagi meningkatkan aliran kewangan ke arah peralihan dan aktiviti hijau.