awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM dijangka turunkan OPR 25 mata asas pada 9 Julai - CIMB Securities

Bernama
Bernama
02/05/2025
14:43 MYT
BNM dijangka turunkan OPR 25 mata asas pada 9 Julai - CIMB Securities
Langkah itu akan membolehkan bank pusat menilai lebih banyak data terutamanya berkaitan perdagangan luar susulan tarif Amerika Syarikat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.75 peratus pada 9 Julai 2025, sebelum mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Mei.
Langkah itu akan membolehkan bank pusat menilai lebih banyak data terutamanya berkaitan perdagangan luar susulan tarif Amerika Syarikat (AS), termasuk pengumuman angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku pertama 2025 pada 16 Mei, perdagangan luar April (20 Mei) dan data perdagangan luar Mei (20 Jun).
"Rundingan perdagangan dengan AS masih diteruskan. Memandangkan implikasi terhadap Malaysia agak besar penilaian memerlukan masa. Mesyuarat MPC pada Julai juga bersamaan dengan tarikh akhir penangguhan tarif selama 90 hari," katanya.
Bank juga menjangkakan lebih kecenderungan untuk menurunkan kadar dan MPC akan menilai risiko penurunan yang akan menjejaskan ekonomi.
Menurutnya, kenyataan oleh Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour baru-baru ini yang mengetengahkan risiko penurunan yang berpunca daripada keadaan perdagangan semasa, membayangkan unjuran rasmi pertumbuhan KDNK sebanyak 4.5-5.5 peratus mungkin akan diturunkan.
"BNM pada masa ini mengunjurkan eksport kasar berkembang sebanyak 5.2 peratus pada 2025, turun daripada 5.7 peratus pada 2024.
"Setakat Mac, pertumbuhan eksport berada pada purata 4.4 peratus. Bagaimanapun, penunjuk terkini -- termasuk indeks pengurus pembelian (PMI) pembuatan terkini -- menunjukkan petanda penurunan lagi," katanya.
CIMB Securities berkata kelewatan dalam pengembangan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan rancangan rasionalisasi subsidi bahan api RON95 - yang akan memberi kesan kepada sebahagian daripada penduduk - juga dijangka mengehadkan tekanan ke atas harga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CIMB Securities
#Bank Negara Malaysia
#kadar dasar semalaman
#Jawatankuasa Dasar Monetari
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan