Terkini: Inkues kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
BISNES

BNM guna pakai MYOR-i sebagai kadar penanda aras Islam mandatori mulai 1 Julai 2027

Bernama 13/10/2025 | 15:00 MYT
Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata MYOR-i, kadar penanda aras Islam pertama di dunia yang berasaskan transaksi, akan menerapkan ketelusan, konsistensi dan penjajaran syariah ke dalam teras kewangan Islam. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengguna pakai Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) sebagai kadar rujukan mandatori bagi semua produk kewangan Islam mulai 1 Julai, 2027.

Langkah itu sekali gus menandakan satu pembaharuan struktur yang besar dalam landskap kewangan Islam Malaysia.

Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata MYOR-i, kadar penanda aras Islam pertama di dunia yang berasaskan transaksi, akan menerapkan ketelusan, konsistensi dan penjajaran syariah ke dalam teras kewangan Islam.

"Ini bukan sekadar pelarasan teknikal, ini merupakan satu transformasi struktur," katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2025 di sini, hari ini.

GIFF 2025 dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

-- BERNAMA




#Bank Negara Malaysia BNM #MYOR-i #Kadar Semalaman Islam Malaysia #kewangan Islam